Pages

05 October 2011

*tears*


La yukallifullahu nafsan illa wus'aha...
Tidak Allah membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tiada siapa yang tahu. Semuanya demi maruah diri. Walau siapapun kita, di mana kita berada, langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang di uji oleh-NYA..



Kitalah apa yang kita  fikirkan. Kuat atau lemahnya kita adalah dari apa yang kita fikirkan. Peganglah hati supaya kita tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya..