Pages

11 April 2014

Juliet

Tenung, fikir, tekan, alih, tekan balik, tenung balik.


Sampai bila-bila pon tak keluar entry aku macam ni.
Entah, berat rasanya jari ini untuk mencoret segala yang terpendam daripada dituturi bibir, apatah lagi yang sering melusuri setiap ceruk fikiran.

Sebenarnya, 
Kenapa aku tiba-tiba update blog ni? Haha.

Rindu.

Ya, rindu mungkin.
Blog kawan-kawan pon dah berabad berzaman tidak aku jejak.
Sungguh-sungguh aku menjauhi dunia berblogging ni.
Kagum betul dgn orang yang boleh terlalu fokus dgn blog.
Sampai dah jadi kaya raya. 
Aku, sampai dah ada cucu pon takkan kaya dengan blog ni. 

Haallahhh, first time update belog untuk tahun 2014, nak puitis-puitis lagi. 
Bosan jugak aku ni kan.
Nasib baik comel.

Hiks.

Tau tak harini birthday adik bongsu aku. 
Genap 9 tahun.
Yang lelaki tunggal tu lah. 
Sorang tu je adik lelaki. 
Dia punya sihat tubuh badan, macam aku ada tiga orang adik lelaki.
Kau jangan tak tau. 
Sikit lagi nak obesiti. 
Aku doa banyak-banyak, dengan latihan taekwando dia tu, dia kembali mengecil. 
Risau betul aku sebagai kakak prihatin ni.

Jap-jap, tak seronok jugak aku type setail perenggan-perenggan ni. Dia punya feeling untuk bercerita memang otomatik akan bertukar ke feeling berpuisi. Kahkah. Berpuisi lain kali sajorrr. Sekarang meh kita bercerita. So petang tadi, aku saja je laa tanya kot-kot dia ada request kek yang macam mana ke kan. Nak kelainan ke. Aku risau jugak karang dia muntah pulak makan red velvet atau kek cokelat. Haha. Macam hari-hari je budak-budak ni mengadap dua jenis tu. Lepas tu dia cakap nak kek vanilla. Aku syak adik aku ni kecik-kecik dah diterap dengan sifat rendah diri. Kek vanilla je dia request? Aku punya planning punyalah meletups. Birthday sendiri haritu pon tak terbuat jugak kek impian ittew. Masa birthday kesayangan haritu pulak tak payah cakap la. Bak kaca terhempas ke batu dah perasaan. Selama 68 weeks aku pendam planning aku. Kenapa? Berminat untuk tahu? Yang tu boleh sms atau whatsapp aku ye untuk keterangan lanjut. Hahaha. Kenapa aku accurate sangat ni dengan 68 weeks bagai. 
Dah dekat instagram tulis 68 weeks, aku tulis aa kat sini balik.

So, aku ingat pukul dua kejap lagi, aku akan ke dapur dan kongkes-kongkes di dapur untuk siapkan sebijik kek hari jadi yang special. Tak cantik takpe yang penting air tangan aku. Tapi aku syak cantik kot. Husnudzon untuk benda macam ni boleh tak? Hahaha. Eh diam lah Nana. Dahla berabad dah tak update belog. Kesian orang-orang yang selalu tanya dekat aku. Aku sembang je cakap "Yeee, saya akan update. Terharu nya awak tanya!" Sembanggggg. Dahla tajuk entri tu tajuk lagu aku tengah dengar sekarang. Entah pape sangat dah ni. Yang penting, aku berjaya jugak update. Yay me \O/

Toodles lovely people! Be nice.

31 October 2013

Mesir - Malaysia

Tujuh hari terakhir di Mesir bumi barakah. Dipenuhi, dilimpahi cinta dan kasih sayang.



 Maadi

Pyramid, Giza



Kediaman, Abou Risy

Nile City

Mohandeseen




G2Gians Cairo Uni 10'-17'

Cairo International Airport

Nur Fatanah Adnan
Kasr El Ainy Medical School
Cairo University
29/09/10 - 29/10/13
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


"Selepas 3 tahun, rupanya bulan Julai itu bulan pengakhiran.. 
Berakhir satu episod kehidupan..
Kehidupan yang pada awalnya tiada dicinta, 
Pabila diragut rupanya sudah terkesan terlalu dalam ke dasar jiwa..

Bila harus diharungi takdir yang mendesak, semua rupanya jadi sendu sebak.. 
Terlalu banyak yang tiada terbuat, tiada terjumpa, tiada dicari,
Alasannya masih lama lagi di sini.. 

Manusia itu hakikatnya tiada menghargai nikmat Ilahi,
Setelah tiada baru sakit hati tiada galang ganti..

Yang berteman belajar dahulu ditinggalkan.. 
Yang bersenda ditangis sedukan..
Yang dibenci jadi rindu-rinduan..
Yang tiada bersapa jadi sesal-sesalan.. 
Yang tersombong ingin kuberi senyuman..
Yang kutangis di bahu dulu ku sayup-sayupkan..

Sungguh tempat terjatuh lagikan ku kenang..
Ini pula tempat ku belajar bersenang susahan..

Semoga perpisahan kali ini mendidik lagi jiwa abadi.. 
Tiada terpisah suatu ukhuwah andai terbina dari nurani ikhlas.. 

Salam terakhir ke bumi barakah ini, yang menjadikan diriku sebagai begini.. 

Selamat tinggal sahabat-sahabat, tiada jauh dari jiwa..
Selamat tinggal Kuliyyah Tibb Kasr El Ainy, bukan lari kerana membenci..
Selamat tinggal Sayeda Zeinab rindu akanmu tiada terucap..
Selamat tinggal lagi semuanya di sini. 
Bila lagi mahu ketemu kembali, biar jodoh Allah mentautkan hati. 

Hati-hati wahai pemilik hati. Walau jauh, cita-cita kita kejar berlari"

FNZ, Cairo Uni 10'-13'

08 October 2013

Twist Of Fate

Assalamualaikum 



Lama tak menulis. Sedikit kekok anyway. Tadanggg, new look! New header, new theme, new template, new song. How is it? Idk, this time i would love to make everything looks simple yet classy. And mature. As if! Hehe.


Dalam hidup, pernah tak kita bersyukur untuk untuk apa yg ada, yg dipinjam Tuhan, di setiap hari baru kita? Sekurangnya, usai bangun di waktu pagi, untuk masih dapat bangun melihat, ucap alhamdulillah. Hari baru, walau akan serupa saja isiannya, tetap semakin mendekatkan kita ke arah hari kematian. 


Aku, antara manusia yg paling kurang syukurnya. Yg sentiasa mengharapkan untuk menjadi yg lain, untuk merasai kehidupan orang lain yg dirasakan lebih indah coretan Tuhan untuk hidupnya. "Kenapa aku hanya begini, dan dia begitu?" "Kenapa aku yg tidak mendapatkan itu?" "Kenapa bertuah sangat dia?" 



Sentiasa dipeluk Tuhan dengan kasih sayang itu, sudah cukup untuk disyukuri. Dipinjamkan umur, untuk terus berkasih sayang dengan keluarga, kawan-kawan. Pesan mama, "Jangan sentiasa membandingkan hidup kita dengan yg lebih di atas, bandinglah dengan mereka yg di bawah, yg banyak kurangnya untuk merasai syukur atas apa yg dikurnia Allah". Hanya itu yg menjadi pegangan. Kadang, terbabas juga. Manusia biasa, rasa yg dipegang hati dan iman yg ada naik turunnya.







Aku... insan yg lemah. Ada saja nikmat kurnian Tuhanku yg aku dustakan.