April 11, 2014

Juliet

Tenung, fikir, tekan, alih, tekan balik, tenung balik.


Sampai bila-bila pon tak keluar entry aku macam ni.
Entah, berat rasanya jari ini untuk mencoret segala yang terpendam daripada dituturi bibir, apatah lagi yang sering melusuri setiap ceruk fikiran.

Sebenarnya, 
Kenapa aku tiba-tiba update blog ni? Haha.

Rindu.

Ya, rindu mungkin.
Blog kawan-kawan pon dah berabad berzaman tidak aku jejak.
Sungguh-sungguh aku menjauhi dunia berblogging ni.
Kagum betul dgn orang yang boleh terlalu fokus dgn blog.
Sampai dah jadi kaya raya. 
Aku, sampai dah ada cucu pon takkan kaya dengan blog ni. 

Haallahhh, first time update belog untuk tahun 2014, nak puitis-puitis lagi. 
Bosan jugak aku ni kan.
Nasib baik comel.

Hiks.

Tau tak harini birthday adik bongsu aku. 
Genap 9 tahun.
Yang lelaki tunggal tu lah. 
Sorang tu je adik lelaki. 
Dia punya sihat tubuh badan, macam aku ada tiga orang adik lelaki.
Kau jangan tak tau. 
Sikit lagi nak obesiti. 
Aku doa banyak-banyak, dengan latihan taekwando dia tu, dia kembali mengecil. 
Risau betul aku sebagai kakak prihatin ni.


Jap-jap, tak seronok jugak aku type setail perenggan-perenggan ni. Dia punya feeling untuk bercerita memang otomatik akan bertukar ke feeling berpuisi. Kahkah. Berpuisi lain kali sajorrr. Sekarang meh kita bercerita. So petang tadi, aku saja je laa tanya kot-kot dia ada request kek yang macam mana ke kan. Nak kelainan ke. Aku risau jugak karang dia muntah pulak makan red velvet atau kek cokelat. Haha. Macam hari-hari je budak-budak ni mengadap dua jenis tu. Lepas tu dia cakap nak kek vanilla. Aku syak adik aku ni kecik-kecik dah diterap dengan sifat rendah diri. Kek vanilla je dia request? Aku punya planning punyalah meletups. Birthday sendiri haritu pon tak terbuat jugak kek impian ittew. Masa birthday kesayangan haritu pulak tak payah cakap la. Bak kaca terhempas ke batu dah perasaan. Selama 68 weeks aku pendam planning aku. Kenapa? Berminat untuk tahu? Yang tu boleh sms atau whatsapp aku ye untuk keterangan lanjut. Hahaha. Kenapa aku accurate sangat ni dengan 68 weeks bagai. Dah dekat instagram tulis 68 weeks, aku tulis aa kat sini balik.

So, aku ingat pukul dua kejap lagi, aku akan ke dapur dan kongkes-kongkes di dapur untuk siapkan sebijik kek hari jadi yang special. Tak cantik takpe yang penting air tangan aku. Tapi aku syak cantik kot. Husnudzon untuk benda macam ni boleh tak? Hahaha. Eh diam lah Nana. Dahla berabad dah tak update belog. Kesian orang-orang yang selalu tanya dekat aku. Aku sembang je cakap "Yeee, saya akan update. Terharu nya awak tanya!" Sembanggggg. Dahla tajuk entri tu tajuk lagu aku tengah dengar sekarang. Entah pape sangat dah ni. Yang penting, aku berjaya jugak update. Yay me \O/

Toodles lovely people! Be nice.

 
LA DOLCE NANA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template