Pages

10 July 2012

tonight.....we are young...

Salam alayk..

Cakkk! it's me here after a week not updating anything ehe. Ada je lagi dekat bumi Mesir ni. Tapi, tuhla, siapa-siapa yg kenal aku, mesti tahu cuti-cuti macam ni susah sikit nak nampak batang hidung Nana dekat blog :P Kan kan? Eh nampak? Tipu lah, hidung pon takdeee.

Sepanjang seminggu ni, kerja habiskan sen jeee. Kenapa sen? Sebab duit tinggal berapa sen je lagi, cukup buat tambang balik umah. Ngaa~ Aku rasa aku perlu menabung laa. Ni duit mengalir macam air T_T Hooray, kejap lagi gue bakal ketemu keluarga gue!

So, before balik Malaysia, kitorg macam nak buat gathering, dinner ramai-ramai. Dah buat pon actually. Haha. Best-best! Having dinner dekat TGI Friday's. Mak aiii bil cecah ribuuu! What a night :D Sebelum tu susah jugak nak decide nak dinner kat mana. Tapi, last minute A'isyah cadang dekat situ. Hee. 



Gambar amik banyak jugak, tapi official camera bukan dari rumah aku. Ni dari henset yg comel tu je. Hee. Dahla petang tu aku dengan Faiz pergi Grand Mall. Haih termengah-mengah balik iron baju ape semua :P

And keesokkannya, bangun semangat-semangat sebab appointment spa kitorg semalam. At first cuakkk, sebab tak tahu la mcm mana keadaan spa kat sini and yes, memang indah khabar dari rupa >.< Lepas tu aku, Faiz, Tqah kena tunggu sampai lewat petang and kitorg memang kesuntukan masa sangat-sangat sebab dinner yg kitorg book dekat Cairo Tower malam tu jugak. Treatment tak settle lagi. Phewh lucky us, we managed to get there before the restaurant is closed! Haha. Zati dengan Zik pulak gerak dari rumah berdua je. Haha kesian dorang.

View from Cairo Tower. SubhanaAllah...(gaya suami Irma cakap :P) Yang ada bayang-bayang lampu tu laa, Sungai Nil. Cantik sangat malam-malam!


Orang yg diraikan..tsk tsk..lovely kan dia?? :') Haruslah buat muka sedih sebab nak kena tinggal. Masalahnye, muka sedih ke tu? Muka sedih? Panggg! 
Selepas 5 jam berhempas pulas di spa, here i am tersadai kat VIP Restaurant, Cairo Tower! Hee.



Kami yg kelaparan menunggu makanan siap dgn penuh sabar. Sehari suntuk tak makan oii. Dengan kami dari spa nye, Zikri dari Crazy Water nye, dan Zati dari exam nye. Haha.

Last sweet moment with roomate dearie. Last night will never be forgotten.. Rasa macam tak percaya dah sampai kat Cairo Tower.

Kenapa special sangat sampai dinner dekat Cairo Tower?? Hee. Itulah nyee, special sangat sebab kitorg serumah memang sayang sangat-sangat dekat adik sorang nii haa. Wuu, my dear roomate, nak pindah rumah dah so we just want to celebrate and cherish Zati. Zati, we all love you! ♥ Sekarang tinggal lah aku keseorangan tengah makan jajan sambil menaip entry dengan penuh syahdunye. Lagu pulak pahal nak jiwang semua ni? Tersalah playlist ke ape..*cover macho. Biasa-biasa boleh dengar Zati terkekek kekek gelak tengok Running Man. Hmmmm :'(