Sedihhh...
Ya...Kesedihan seseorang tidak akan kita ketahui jika dia sangat pandai memanipulasikan orang yang berada di sekelilingnya. Entahla, kadang kala merasakan orang yang terlalu memendam ini sangat tidak berfikiran terbuka, tidak cuba untuk bersosial, tidak suka untuk melibatkan diri semasa orang lain sedang bergelak ketawa bergurau senda, sentiasa merasakan dirinya diabaikan. Ya,kalau itu orang lain,boleh la sesuka hati bersangka begitu. Jika terkena batang hidung sendiri? Kecewa bukan? Dan mestilah akan cuba untuk membela diri seburuk mana pon kebenarannya. Saat itu barulah dapat difahami bagaimana perasaan orang yang memendam tadi. Hmm tak faham. Dan tak tahan. Diri yang semakin bertambah usia dari hari ke hari memang begitu ke. Fitrah. Benar begitu..? Hmm? Andai fitrah yang dinamakan, apa yang boleh diusulkan lagi. Andai tersurat dan ditanya. Jawapan padat, fitrah.
Keadaan yang menyebabkan diri sentiasa resah,gelisah,murung,bersendirian akan merapatkan diri kepada Maha Pencipta Rabbul Alamin,bukan? Andai diri terlampau bersenang hati, adakah lagi tertanam kesedaran ini? Ada. Dan segelintir. Mungkin juga langsung tiada. Apa kaitan semua ini? Bagi diri ini, semuanya kerana segumpal darah bernama hati.
RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya. Sesungguhnya itulah dia hati.
Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.
Kaitkan kedua-duanya...
Usah risau bila manusia tak memahami. Hatimu milik Allah,berceritalah dengannya,kerana Dia MAHA MENGETAHUI...
No comments:
Post a Comment