Buat dosa, bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal, tiba-tiba jatuh semula, buat dosa balik. Kemudian bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal, tiba-tiba jatuh semula, buat dosa yang sama balik. Dan begitulah. Sehingga akhirnya rasa putus asa tiba.
"Aku ini memang ditakdirkan untuk berdosa dan masuk neraka agaknya."
Maka rasa untuk terus melakukan kejahatan tanpa nak bertaubat datang.
Di sinilah saya mengajak diri saya dan anda berhenti.
Walaupun kita akan berterus-terusan 'gagal', mengapa mesti berhenti berusaha?
Kita tidak tahu sebenarnya takdir kita.
Bukankah lebih indah, kita hidup dengan mempersembahkan kesungguhan kita kepada Allah SWT? Allah bukan zalim. Dia Maha Adil. Dia akan kira usaha kita. Kita dapat berubah, tak dapat berubah, dapat tinggalkan dosa, tak dapat tinggalkan dosa, itu nombor 100.
Mari kita persembahkan yang terbaik kepada Allah SWT. Persembahkan bagaimana kita bersungguh berusaha, struggle, untuk cuci dosa kita, cari redhaNya. InsyaAllah, itu semua Allah kira.
Jangan sesekali putus asa. Bersangka baiklah kepadaNya.
----------------------------------------
"Rasa berdosa dan nak bertaubat itu sahaja, sudah satu kepositifan sebenarnya. Ada orang, rasa dosa pun tak ada."
Copied from : Hilal Asyraf (Official)
notakaki : Selamat menyambut umur baru kepada Angah, my second sister. May all your dreams come trueee, dear! :) Thank youuu for being a very good sister to me. I mean, the best sister evahh! xoxo
No comments:
Post a Comment