Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.. Nak cukup seminggu sakit, baru harini aku rasa sihat sikit. Cuma batuk dan selsema yg bersisa. Dah lama sangaaat dah Nur Fatanah ni tak sakit. Hari tu aku risau jugak sebab lama sangat sihat dan tak sakit-sakit. Iye, risauu.. Allah bagi kita sakit untuk kita sedar yg Dia ingatkan kita. Agak teruk jugaklah aku demam kali ini. Memang rasa sangat-sangat lemah, letih dan tak berdaya. Barulah sedar akan nikmat sihat yg dikurniakan secara percuma sebelum ni. Masa sihat kita tak sedar kan betapa nikmatnyaaaa boleh makan seperti biasa, belajar dan ke sekolah dengan semangat, berjalan dengan laju. Hehe. Kalau sakit, untuk menunaikan solat pon rasa sangat berat. Nak bangun dari katil pon sudah mengambil masa. Ramai juga yg kurang sihat sekarang. Disebabkan pertukaran cuaca barangkali. Tahun lepas pon macam ni jugak. AKu sakit teruk semasa tempoh pertukaran cuaca. Cairo takdelah sejuk sangat pon sekarang ni. Tapi, aku sukaaa cuaca dan suhu sekarang :')
Alkisahnya, balik dari universiti petang itu, aku singgah la sekejap di farmasi untuk beli ubat. Sedang beratur dekat kaunter, perhatian aku teralih kepada interaksi antara penjaga kaunter tersebut dengan seorang pakcik tua.
Penjaga kaunter : Nak berapa biji ubat ni?
Pakcik tua : Emm bagi sebiji..*suara sgt slow*
Penjaga kaunter : Baiklah. (sambil menggunting SEBIJI daripada sepapan ubat berwarna pink)
Pakcik tua : *keluarkan duit dgn tangan terketar-ketar tapi seolah-olah memikirkan sesuatu* Emm bagi sebiji lagi la. *kali ni mengeluarkan tiga biji ubat berwarna biru* Boleh tukarkan dengan ubat ini tak?
Penjaga kaunter : Boleh2. *gunting satu lagi ubat*
Aku : *berdiri kaku, tunggu masa nak hujan je T_T*
Firstly, aku memang tak boleh tengok mana-mana pakcik tua yg sakit, lemah, atau yg mintak sedekah. Hati aku jadi tisu. Bagi aku, lelaki didefinisikan dengan kuat. Lalu, menjadi lemah sangat tidak mereka(lelaki). Kalau ada pakcik/datuk yg sakit, atau terbiar, woahhh serasa mahu meraung. Huk3. Frankly speaking :'(
GAMBAR HIASAN. Sumber. |
Secondly, aku bukan taknak tolong pakcik tua yg dekat farmasi tu. Memang pada masa tu aku bawak duit cukup-cukup je nak beli ubat untuk diri sendiri. Kalau ada duit lebih, bukan setakat bayarkan sebiji ubat pakcik tu, memang aku belikan sekotak terus :(
Ketiganya, apalah ertinya DUIT kepada orang-orang seperti ini andai untuk membeli sebiji ubat untuk melegakan sakit pon tidak mampu. Bayangkan, pakcik tua itu hanya mampu membeli SEBIJI ubat sahaja. Setakat sebiji, memang tak terasa kesannnya langsung. Sedangkan kita, duit lah segala-galanya. Nak tukar phone, nak sentiasa up-to-date dengan fashion.
Allahu Allah, seharian aku reflek diri.