Assalamualaikum
Sebenarnya nak skip dulu lah cerita pasal preparation tu. Kalau macam takde modal sangat baru kita tulis pasal preps lol. Rasa macam nak cerita pasal Krabi ni lagi semangat. Alhamdulillah, rezeki kami dapat terus berhoneymoon lepas kahwin. Tu yang best sebenarnya. Macam to treat ourselves la kan. Dah penat-penat kerah otak kerah badan buat persediaan kahwin, mestilah kena berehat. Berdua. Gituu. Inai masih merah dijari. Orang yang
pergi Krabi tu mesti dah tau, gi honeymoon la tuu. Haha. Nanti korang kalau dah lepas kahwin, pergilah honeymoon dulu, sebab dia akan ada satu feeling yang lain. Walaupun kitorang dah kenal dekat 10 tahun, tapi bila kat sana macam baru kenal semalam pun ada. Dua hari selepas majlis, 3
April kitorang bertolak ke sana. Flight dari KB pukul 8 pagi. Dalam pukul 6 dah kena bertolak dari rumah kan. Tapi engkorang tau pukul berapa kitorang packing? Pukul 5 pagi! Memang badan penat sangat-sangat lagi. Malam tu lepas balik je dari rumah Maa, kitorang terus tertidur. bayangkan dalam masa sejam packing, aku pun taktau apa yang aku letak dalam luggage, baju tudung semua tak matching hahaha bila sampai sana baru nak menyesal. S lagi laah, dia boleh siap lipat, susun atas katil, termenung lepas tu suruh aku pilih baju mana yang patut dia bawak *nangis* So aku pilih, letak dalam luggage :p
Sampai Krabi lebih kurang pukul 5 petang Krabi. Krabi awal sejam dari kita. Masa tu S kata kita cari sim dululah. Aku pun rasa korang better beli sim dekat airport je senang. Tak payah nanti susah susah cari lepas tu sebab van/bas akan hantar korang terus ke hotel. Lagi pula, boleh ler online sepanjang perjalanan atas bas tu haha ok ni takde kaitan. Settle sim, terus ke kaunter bas sebab dah decide nak naik bas. Taknak teksi/van. Bila lagi nak naik bas Thailand kapkunkap. Bas mini la kot we might call it. Sebelum flight ke Krabi tadi kitorang book hotel, Areetara Resort. Areetara ni dia masuk jalan kecil sikit, means bukan di tepi main road. Bas akan berhenti di main road sahaja, then driver dia akan hantar kita ke van. So van ni la pulak yang akan hantar ke hotel. Dalam dua jam jugak la naik bas dari airport ke Aonang. Kitorang pilih untuk stay kawasan Ao Nang sebab lebih meriah dan banyak makanan yang halal. Alaa biasa laa korang pun mesti dah banyak baca review pasal Krabi ni. Malam tu, siap check in and hantar beg ke bilik, turun cari kedai makan. Lapar wehh. Depan hotel, banyak kedai makan dan berlabel halal. Yang uruskan kedai pon pakai tudung elok, so yakin jelah.
Esoknya, bangun pagi breakfast dulu dengan coffee, dan roti yang kitorang beli semalam. Kat sini sangatlah banyak kedai 24 hours tu. Ada 7 Eleven, Family Mart. Berderet kat tepi jalan. So dapatlah try Arabus Coffee tu. Sedaapppp sangat tapi malam last baru teringat nak try haha. Lepas breakfast, kitorang pun turun la jalan-jalan dekat swimming pool kat bawah. Aaaa cantik.
Naik atas tukar baju, dah ready nak jalan-jalan. Kitorang sewa motosikal sepanjang dekat Krabi. Senang nak jalan gerak mana-mana. Dahla murah je, RM 25/24 jam. Kalau nak dibandingkan dengan tuk-tuk tu, beza sangat kot harga dia. First thing first, lepas dah dapat moto, isi minyak, terus cari the ever so famous pancake! Pancake makcik Yaminlah. Oleh sebab orang agak ramai plus masa ni dan aku rasa perut aku dah tak boleh tolerate dengan benda lain selain nasi, aku cakap dekat S kita makan nasi dulu pliss? Hahaha.Tiba-tiba tukar plan.
Lepas agak-agak nasi turun ke perut, terus ke makcik Yaminlah tadi ye. Tetaaappp mauu. Kawasan ni memang banyak pilihan makanan. Kat sini la street food yang famous tu, macam-macam ada korang nak makan apa pilih je. Dahlah semua sedap dan agak murah. Yelah street kan. Kalau restoran sebijik yang cantik tu, memang 2 3 kali ganda jugak untuk semangkuk tomyam.
Perut pon dah kenyang, kitorang naik moto ke Noppharathara Beach pulak. Pantai ni macam kat hujuuuuung dah. Saja je kitorang explore sebab dah ada moto kan so meround jela petang-petang :') Balik dari pantai, kitorang rehat-rehat je dekat bilik before turun untuk dinner pulak.
1 comment:
nice sharing :)
Post a Comment