Pages

14 April 2011

CATCHING-UP I

Feel too free today till dont know what to do? Nahh,kan dah terkeluar catching-up I ni. Hehe.



O70411


Baiklah, 070411. Bukan tarikh keluar date ke tarikh hari bertunang mahupun ulangtahun perkahwinan seperti yang disangka-sangka berdasarkan dua bijik heart merah itu. Teehee. It's my 19th birthday :) About last a week right? Tapi tuhh laa. Busy busy. Tak sempat nak update. Tang tu lah terkeluar catching-up nih. Kehkeh.
Lets start it! 

Petang tu pukul 6, 6 April 2011 di Mesir ( 0000, 7 April Malaysia) aku sudah tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada Kak Atynn,tutor Physio ku. Dalam hati, 'Aishh,dah pukul 12 malam ni, mesti dah ramai yang wish kat fb *wahaha*' Sungguh perasan,bukan? Bila tamat je tutor, vrrrooommmmm, sprint balik ke rumah, panjat tingkat 5 dengan sepenuh tenaga walaupun dah pancit kat tingkat 2 lagi -.- Nama je atlet tapi lemah lembut. Bukan aku la. Dan seperti yang disangka-sangka............................... Hik3, suka hati yang baca la nak sambung macam mana pon. Eheh.

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..
Nak cerita nya, tak ada seorang pon housemate aku yang wish. Huk3 :'( Ok, akur la sebab kat sini baru pukul 6 petang kan. Tapi yang aku tak pasal-pasal pergi emo dgn menangis bergelen-gelen masa skype apehall? Loooooser. Eh,tapi dia punya feeling sambut birthday kat negara orang ni,lain tahu? Dapat SMS from kawan yang just wish 'HAPPY BIRTHDAY' pon dah buat hati ni bengkak-bengkak. It is just something that buat kita rasa terharu sebab tanda kita diingati :') 

0000,7 APRIL 2011 Cairo.
Berdebar-debar bimbang ada yang ingin buat prank ke apa ke. Agak malu la sebab macam syok sendiri kan. Padahal takde pon prankkkkk! Waaaaa. Semua orang dalam bilik buat hal masing-masing. Yang dah tido pon ada. Roomate aku lagi lah sempoi, tengah online sambil menyanyi-nyanyi dengan riang. Dia tak nampak ke aku yang tengah menderita tahap orang menunggu keputusan mak bagi kahwin awal ke tak ni. Apakah?? Ok,abaikan.

Taknak frust dan berharap. Tido awal. Tutup lampu. Lupakan segala nestapa pada hari jadi sendiri :(

Bangun pagi, masih sama. Macam hari-hari normal biasa. Aku tengok semua orang online. I mean, bukak la fb tu. Takde ke terpampang kat fb dorang yang hari ni birthday aku??? Haihh, gila desperate dah aku ni haa. Ok,buat-buat tabah lagi dengan mengupas telur rebus untuk nasi lemak sebab hari ni jiran baru kami yang baru nak pindah ada buat makan sikit. Lagi,semua orang beraksi sama. Aku dah naik sebak yang teramat :'(

Dah dah. Malas dah nak describe panjang-panjang apa yang berlaku sepanjang hari tu (padahal tak sabar nak masuk klimaks.) Haha.

Dalam pukul 9 malam, aku bermalas-malasan kat katil sambil berfikir kenapa lah aku begitu tidak dihargai mereka. Iskkk.

Tertidur..............................................

Rasa seperti bermimpi,tapi nyata. 'Naa.. Naa.. Bangun naa. Rumah kita blackout ni. Tapi ada orang ketuk pintu kat luar. Bangun naa!'

'Haa? Haa? Siapa ketuk? Kenapa gelap ni? Lulu mana Lulu?' (Aku rasa aku ingat lagi dialog aku malam tu.)

Rupanya Zik. Dia pegang tangan aku,bawak ke ruang tamu. Orang tu memang ketuk pintu rumah aku dengan amat kuat! Sangat! Serius macam nak tercabut dah pintu tu. Bedegeng bedegeng! Bedegeng! Kah3. Moden gila bunyi pintu rumah aku. Ok ok sambung. Zik pass aku kat Tiqah. Zik dengan Tiqah terjerit-jerit laung 'Min??! Min??! (siapa) Min??!' Diorg macam cemas jugak la. Aku,korang jangan tanya. Nanti cerita lain. Haha. Aku pegang tangan Tiqah. Kemas. Faiz kejut Rabi. Rabi bangun muka bengang-bengang bukak lampu bilik diorg. Semerta, keluar la Lulu... Bawak cake!!! Aisyah kat belakang bawak lilin. Zik baru nak bukak pintu rumah. Then, 'Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Nana.. Happy birthday to you......' Ya Allah, speechless. Aisyah suruh aku nangis. Haha sengal. What a prank! :DD




Ya,mintak tolong sangat sangat abaikan muka bermata bengkak ni. Baru bangun ni baru bangun ni -.-




Part yang paling tak menahan, ok ok. Kita reread balik eh? Kalau perasan la, Aku ada mention yang Rabi pergi bukak lampu bilik dorg kan. Eh, Zik kata blackout. Tapi, nak ceritanya, aku tak perasan pon benda tu! Ggrr. Memang nampak sangat la dalam separuh sedar lagi. Oh andd, Rabi pon dirai malam tu. Happy belated Rabi! Dan, memang si bertuah Zik dan Tiqah dah mengantoikan aku depan ramai-ramai. Dorg cakap, aku memang takut sangat-sangat sebab aku pegang tangan mereka kemas-kemas macam taknak bagi terlepas pon. Shesshh. Semua orang gelak besar-besar. Haha. Malu ah guwa :'>


THANK YOU ALL. THANK YOU FOR EVERYTHING. THANK YOU SO MUCHHH! 
I LAPPP U! :*

1 comment:

analisiszikri said...

hahahaha.ada org hujan rupanya...
best x?plan baek punya....gegegege.