Pages

30 August 2011

malam raya

Salam Alayk.

Seakan aku sudah bertekad untuk tidak bercakap mengenai raya. Tapi apalah daya. Dugaan dan tamparan yang maha hebat sudah tidak dapat ditahan lagi :'( Air mata kekeringan,penat menangisi nasib diri. Ditambah seakan satu beban dan rasa yang bersalah kerana aku di sini,jauh di perantauan,membiarkan ibu ayah tercinta menyambut lebaran tanpa anak yang dikasihi. Betapa aku rasa berdosa,sungguh! 

'Hadiah' paling bermakna juga telah kuterima di malam raya. Seakan bergegar lagi di cuping telinga,masih terngiang-ngiang,menggantikan takbir raya yang sayup merdu pastinya didengari seluruh alam semesta bumi Malaysia. Pasrahhh. 


Namun,segala kesedihan,keperitan ini,tentu  saja hanya aku yang mengerti akannya. Yang pasti, kemeriahan hari lebaran tetap disambut dalam suasana yang sangat membahagiakan oleh kaum keluarga,sanak saudara,sahabat handai dan kesayangan yang berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati




Dengan itu, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini. Sesungguhnya aku hanya insan yang sentiasa melakukan dan mengulangi kesilapan diri. Kerdil sungguh diri ini di sisiNya. Ya Allahhh...





2 comments:

Yanaa said...

selamat hari raya naa...maaf zahir batin...:)

analisiszikri said...

waa...x lama lg nk sampai sini an..hihi.
maaf zahir batin,nana.dari mula2 kite kenal, share ape2..yg termasam muka,kot2 ade termarah x tentu pasal,tergelak x tentu hala..mintak halal semua.. sobs2..