Pages

05 December 2015

Majlis Pertunangan Safuan Arif & Nur Fatanah

Hai assalamualaikum!

Tersenyum je baca tajuk entry. Hehe. 21 November 2015, hari yang takkan dilupakan. Hari yang aku nak pengsan dan menangis, ketawa dalam waktu yang sama. Hari yang people I love is all around me. Hari yang terlalu indah dan sweet. Hari yang aku nak share dengan korang semua! 


It's my e-day! Selama ni aku tengok je orang upload gambar buat caption e-day dan 100 patah perkataan lagi. Masa tu aku rasa comelnyaa. Tak sabar nak buat gambar dengan caption 'e-day' macam tuu. Tapi bila yang sebenar, macam takde feel pon nak letak tajuk tu. Dewasa kah aku? Hahaha. So bagi can aa tumpang tulis sikit kat sini. Aku dan S tak bagitau sesiapa pon yang kitorang bakal bertunang KECUALI few the closest friends of mine. Yang aku rasa baik S and of course aku sendiri ada sentimental value dengan dorang. Yang kalau keluar bersama-sama, tak awkward langsung. Yang go through together dalam relationship aku dan S. Sebabnya, yang paling utama aku nak share saat aku menjerit terkejut terkesima tu dengan seseorang yang worth the sharing. Yang kalau aku cerita dekat dia sampai menitis air mata, dia yang mendengar pon sampai boleh menitis jugak air mata. And of course they are beyond happy for me. I still remember the first person yang aku share berita ni. She knows about everything. Semua benda aku share dengan dia, walaupun kitorang jauh. Dia lagi excited dari aku hahaha. Hantar gambar pelamin, baju tunang, macam-macam :')


Start dengan Anim yang dengan gigihnya datang Khamis malam Jumaat lagi dengan bas! Esoknya aku dgn S bawak dia jalan-jalan KB sambil settlekan urusan yang memang perlu disettlekan Jumaat tu. Beli bunga, amik kek, amik kuih, amik nenek. Yang aku boleh cakap haritu memang penaattt sangat dan emosi aku agak terganggu jugaklah. Malam tu aku terlelap kejap nak tunggu Isyak. Orang lain kecoh-kecoh dekat luar, dekat dapur, boleh pulak aku tidur macam baby dalam bilik :) Suasana memang meriah. Orang masak, budak-budak berkejaran bergurau. Nak raya pon tak macam ni hehe. Al-maklumlah first time kenduri yang agak besar dalam family aku as in family kitorang la. Bila dah bangun tu astaghfirullah rasa nak nangis. Hantaran tak finalize lagi, hand bouquet takde rupa lagi, kek comot lagi, untuk dessert table pon sama. And masa ni lah, terharuuu bila adanya Anim dan sepupu aku Aeyen. Assist je dorang buat untuk marshmellow, gula-gula untuk dessert table. Malam tuu, dorang tidur satu katil dengan aku. Aaaa rasa lain sangat, rasa macam dorang ada bagi satu kekuatan kat aku. Entah la, tak boleh tulis nak describe feeling at the mo. Alhamdulillah, selesai semua, dalam 11.30 malam aku tidur. Sebelum tidur whatsapp dengan S, dua-dua ketar lutut, jantung nak tercabut untuk esok. Hahaha!



Tersedar 5.30 pagi lagi, reply whatsapp group sek debe. Hahaha. Aku paksa mata tidur setengah jam lagi taknak mata bengkak. Dari semalam yang penat sampai takde perasaan, pagi tu aku rasa otak aku padat, jantung aku kejung! Nervous nya yaAllah tak boleh nak cakap apa. Sebelum mandi aku settlekan meja dekat depan. Lap-lap dulu semua benda. Lepas tu mandi. Aku mandi awal-awal lagi. Sental bilik air sampai berkilat. Haha tu memang cara aku nak hilangkan gemuruh. 7.30 pagi, Amni, MUA aku sampai pukul 8.00 start make up. Then, bestfriends aku sampai. Dalam pukul 11.00, aku pergi depan photographer nak shoot sebelum rombongan sampai. Masa nak keluar bilik tu aduh maluuu! Sepupu-sepupu mak sedara semua dok tengok je. Segan wehhh. Photographer pon confuse kenapa aku nak senyum dengan taknak senyum sama banyak. Ok, masa ni memang aku dah lupa phone aku. Taktau la ade kat sapa. Aku memang tak boleh dah nak whatsapp dengan S. Berdebar! So, aku memang taktau dia dah bertolak ke otw ke taktau. Dalam pukul 12 tengahari, rombongan selamat tiba. Tetengah shoot tu cepat-cepat lari masuk bilik. Rombongan datang ramaiii, dalam 10 buah kereta. Family aku dah sedia maklum dah sebab masa maa dengan abah (future PIL) datang rumah sebelum ni dah bincang dah. Alhamdulillah, meriah sangat datang ramai-ramai.


Rombongan biru pink yang tiba tepat pukul 12.00 tengahari.


Aku dalam bilik ni ke hulu hilir, semua gelak je taktau macam mana nak relakskan aku. Nak kencing nak berak semua ada. Keluar je bilik air, tangan basah-basah cousin aku panggil nak sarung cincin. Allah! Aku rasa baru je dorang bincang. Nape cepat nauu. Masa tu lah aku rasa nak pengsan, nak nangis kuat-kuat. Dorang tepuk gosok-gosok aku. Tak putus-putus pesan senyum je jangan masam nanti lagi nampak nervous. Sumpah aku rasa tak pernah lagi nervous senervous hari itu. Tangan menggeletar ya rabbiiii. Buka pintu bilik, senyum, jalan je slow-slow dorang kat belakang aku nonstop support tepuk gosok. Bhahaha lemahnya aiiii. 

Masa ni dorang dah tinggalkan aku naik atas sorang-sorang. Aaaa.

Masa sampai and nak duduk dekat pelamin tu, confuse. Semua suruh duduk atas stage tu je. Aku tanya taknak duduk atas kerusi ke sebab dalam hati aku pelamin cantik-cantik tapi tak duduk rugi lah kan. Hahaha. Sempat pulak nak fikir. Tapi, bila tengok gambar, ohh okay jugak rupanya duduk atas stage gambar lawa je. Hee.

Cincin disarung, janji dimeterai. 
Ikatan pertunangan bersemi, semoga diberkati.
Alhamdulillah, bila sesi menyarung cincin selesai, masa tu barulah aku boleh cool down sikit. Turun salam dengan rombongan yang datang. Bersembang sikit hehe. Lepastu bermula lah sesi photoshoot dengan semua. Ambik gambar banyak-banyak posing semua jenis posing haha S cakap terharu sangat sebab family sedara mara semua happening dan sporting sangat layankan aje apa yang photographer tu suruh buat. Best! Settle bergambar, makan-makan, bergambar lagi sampai maa cakap okayy bergambar lah puas-puas, baru kita balik. Hahaha adoyaii. Masa tu S sendiri pon tak makan lagi so dia balik lambat sikit sebab makan dulu. Photographer kitorang pon tak puas lagi shoot gambar haha. Dia nak shoot aku dengan S pulak. Ehem.


Macam mana tak terharu kalau dah teleng sampai macam ni sekali hihi.
My fav pic. Paling suka sebab abah sampai berdiri haha! So here is my future family.
Thank you sebab boleh terima diri ini seadanya.
My small sweet family. I love you all, so much.



Sebahagian daripada family on my side. Ramai lagi sepupu sepapat yang tak balik sebab tak cuti.

Le bestfriends. Thank you so much for coming!


So rombongan dan tetamu pon beransur balik. Aku suruh S makan dulu. Aku memang tak rasa nak makan langsung haritu padahal nasi, lauk pauk, dessert, macam-macam lagi lah pehh boleh tahan mengancam wehh. Semua dah surut aku baru terkedek-kedek nak makan dekat pukul 5. Macam berbuka puasa dah. Hahaha. Dah kenyang makan cincin aku bagitau dorang :') 



Alhamdulillah syukur. Semua berakhir dengan baik sekali. S cakap pihak rombongan sangat-sangat berpuas hati. Dari makanan, layanan, pelamin apa semua, dorang bagi A. Hahaha memang kelakar, tapi hakikatnya bersyukur sangat Allah S.W.T telah memudahkan urusan majlis kami sehingga berjaya. Sebuah majlis pertunangan di antara di antara dua pihak, yang telah lama diimpikan aku dan juga S. A step closer, betapa kami bersyukur. Ucapan syukur tak putus-putus diucapkan setelah majlis berakhir. 



Terima kasih kepada semua yang terlibat, yang telah menjayakan majlis kitorang. Mama papa dua insan yang paling penting untuk majlis ini, aunty ku chef yang diimport dari KL. Terima kasih Ada, my partner in crime awal-awal lagi merangkap MUA juga. Terima kasih bestfriends yang hadir, photographers dan semuanya yang menjayakan majlis pertunangan kami ini. Nanti akan ada entry lagi ya untuk setiap department tu. Hahaha. Soon to be updated.



Hai S! Paling terima kasih jugak untuk awak. Banyak sangat membantu, banyak bekerja, banyak drive ke hulu ke hilir, tunggu saya habis kerja sampai tertidur dalam kereta. Akhir kata, ketahuilah papa sangat excited masa dia angkat sofa dan meja dengan awak. Semangat lain maciamm. Tersenyum manjang hokayy! HAHAHA. 






Till next entry, much love   


No comments: