Pages

30 December 2015

From scratch's preparation

Hai assalamualaikum! 

Sorry delay sikit posting preparation ni sebab tak best aa baca entry banyak-banyak sekaligus. Kekeke. 12/12/15 haritu genap enam tahun kitorang bersama. Happy 6th anniversary yay! Tapi kali ni special laa sebab dah naik taraf sikit khens. Hee. Anyhooo, S dah janji nak celebrate so celebrate leww tahun depan pon sokay T_T Ok kita kembali pada from scratch's engagement preparation aku baru-baru ni. Actually ini adalah untuk simpanan aku sendiri je. Bila-bila aku rasa rindu nak rasa sibuk or stress tapi happy macam yang aku rasa sebelum bertunang tu, bolehlah aku baca blog sendiri hahaha. Apebenda la nana ni. 



*****

1) Tarikh dan masa 

Macam dalam entry aku yang sebelum ni, aku dah mention perihal tarikh tunang ni. Memula kitorang pilih 20/12/15 tapi disebabkan sepupu aku kawen tarikh tu, kitorang terpaksa tukar. Since S sekarang dalam tahun clinical, department last-last ni cycle dia satu department satu bulan. Sama ada nak awalkan atau lewatkan. Kau rase? Mestilaa awalkan! :p Jadi kitorang pon mengawalkan sebulan majlis kitorang ni. Alhamdulillah tiada halangan daripada pihak keluarga.


2) Baju bertunang

Untuk warna baju ni, pernah laa satu hari tu S tiba-tiba tanya aku dalam kereta dan bila aku fikir-fikir balik maybe masa tu dia dah tau yang kitorang boleh bertunang. Sebab sebelum ni aku pernah berikrar taknak cakap pasal tunang dah nanti sedih wahaha tapi tetibe pulek dia tanya apa warna baju tunang yang aku impikan sebab aku pernah bagitau dia sebelum ni. Satu je jawapan aku, "Peach." Siap tunjukkan contoh wehhh padahal dah berikrar! Hahahaha. Bagi aku, peach memang dan amat sweet. Lagi-lagi untuk tunang. Sebelum S balik Makassar lepas raya tu, kitorang pergi KL jap ushar-ushar baju aku, at first. Tapi baju dekat Jalan Tar tu semua yang kerawang, beading penuh tu. Aku tak berkenan sebab beading tu dahla warna turqoise, grey macam tu. Aku kalau boleh nak semua peach. Lebih suci. Gitu. Pencarian haritu end up dengan kitorang pergi JAKEL untuk beli kain baju melayu S. YaAllah memang lawa sangat kain baju melayu dia! Baju melayu S aku hantar dekat tailor cina kat Tanjung Malim. Tengok dia punya jahitan macam cantik je. Siap pesan lagi buat cutting orang tunang/kahwin. Ehem.

Akhirnya, sebab terlampau suka scroll instagram, aku ternampak dalam ig leeyanarahman, ada satu dress yang cantikkkkk sangat. Dia punya design memang lain dari yang lain. Paling penting, ada warna peach amagad! Aku tanya S, nak beli ke sebab beli online kan, karang warna tak sama, saiz besar, tak puas hati pulak. Tapi entah lah, maybe sebab berkenan sangat, aku gamble je. Aku contact personal shopper, and done. Baju aku sampai! Aaaaa guess what terkejut sangat sebab memang sama dengan warna kain baju melayu S. Imma happy kid! Saiz pon okay laa walau besar sikit tapi still okay. Simple but nice. Aaaa kembang sangat sebab ramai yang puji baju tunang kita. I looooooove my baju tunang very much! Oh ya, aku decide untuk tak pakai veil sebab aku rasa veil tu over dan aku malas meleret-leret. Hahaha. S cakap biar simple-simple je. Tapi ya terserah la kan. Kalau ada yang rasa pakai veil lagi menambahkan kesweetan anda, then no harm. Tapi untuk kawen, aku nak pakai veil. Kemon lah, sweet kot! :p


My whole look. Simple-simple saja :) 

3) Cincin

Hehe ni memang favourite part semua orang kan? Sama lah kita. Hewww. Dari awal lagi, S dah cakap cincin tunang aku memang mak dia nak beli sendiri sebab baru puas hati katanya. Dari pengalaman yang lepas-lepas, semua nak beli sendiri so mak dia tak puas hati bila tengok design apa semua tu. Okay what lagi surprise hiks. Untuk cincin S pula, aku dan mama decide nak tempah ikut design yang pernah S cakap lawa and dia berkenan. Banyak design cincin aku tunjuk dekat dia sebab nak tau yang mana satu taste dia. Bila aku dah bagi contoh untuk cincin dia, dia mintak pulak design cincin yang aku berkenan. Aku cakap takde. Padahal berpuluh design cincin dalam phone ni. Taknak lah tunjuk, taknak demand apa-apa. Cukuplah awak sudi masuk meminang kita :') Pada hari kejadian, masa future MIL nak sarungkan cincin, terkejutnya yaRabbiiiiiiiii kenapa cantik sangat ni maa. Lain dari yang S tunjuk sebelum ni. Bila kita tanye, suprise katanya. Alahai awakkk..



4) Pelamin

Aku takde dream dais, pelamin impian ke ape, takde. Memang la beratus screenshots pelamin dekat phone ni, tapi entah. Aku pon taktau apa yang berlaku dengan pelamin impian aku. Tapi kemon lah, bertunang je kan? Pelamin simple pon dah cukup. Lagipun murah, tu je yang aku nak. Hahaha. Tu pon memula aku nak DIY pelamin, tapi memandangkan yang aku serius tengah busy, aku amik jalan selamat. Risau jugak pelamin entah ke mana, aku entah ke mana. Alhamdulillahhh, bersyukur sebab ummi bagi harga yang aku syak memang paling special seantero dunia. Kau pergi lah pelusuk dunia mana pon, takkan jumpa bridal yang mampu bagi harga kasih sayang untuk pelamin macam pelamin aku. Future MIL siap puji lagi warna pelamin sangat cantik dan baju rombongan dorang nampak outstanding atas pelamin. Teehee. Mana kita tak happy. Terselit rasa puas sikit :)






5) Hantaran

Part paling sibuk ke hulu ke hilir, part ni lah. Hahaha. But no worries, i do have fun and enjoyed it so much. Dari list apa yang diletak atas hantaran (not to mention berapa kali aku tukar item atas hantaran tu hahaha) warna tema hantaran aku dan S pon berapa kali tukar. Biasalah aku kan bangsa tak tetap pendirian. So, berjaya ditetapkan hantaran aku tiffany dibalas dengan pink dari pihak S. Kitorang setuju nak buat sama je bilangan hantaran tu. 7 dibalas 7. Lepas final exam haritu aku pergi KL dengan partner in crime aku, kitorang beli semua yang sempat dibeli. Baju kemeja, perfume, par, bunga-bungaan, dan alat-alat yang diperlukan untuk menggubah hantaran ya kawan-kawan. Hantaran digubah by yours truly. Nak lah jugak kan ada hasil tangan aku sendiri. Anyonyonyo. Biasa-biasa saja. Tak cantik mana pon, tapi takdelah buruk tak nampak rupa :)

From me (tiffany themed):
  1) Cincin
    2) Kemeja
    3) Kemeja
     4) Perfume
5) Cake
  6) Coklat
            7) Buah-buahan
From him (pink themed):
             1) Kain pasanng
            2) Kain pasang
         3) Telekumg 
                           4) Perfume & make up
5) Cake
           6) Pulut kuning
             7) Buah-buahan

6) Make up

Make up ni aku paling tak risau sebab i have my own MUA. Amni, merangkap my partner in crime, my bestie, my so called cousin. Hahaha. Dia dah biasa make up kan aku sebab selalu sangat jadi canvas dia nak testing setiap produk yang dia baru beli. Haha. So memang tak risau and of courseee free of charge! Yayy clap-clap! Another cost cutting for me. Alhamdulillah, ramai yang cakap Amni make up cantik. Sweet dan tak over. Sempat promot lagi sebab ramai sangat yang tanye aku make up dengan siapa. Hehe. Mana tau kan lepas ni ada sesiapa lagi yang boleh amik service Amni. Thank you so very much my lalink. I feel like a princess, even for a day :') YaRabbiii Allah je tau perasaan puas tu cmane bila dapat make up cantik dan free. Biarlah nak make up lebih sikit sekali sekala. Rasanya tunang dan kawen jela kot boleh make up beria. Kalau hari-hari make up macam ni, orang tengok make up masa kawen pon nampak biasa je, sebab orang dah biasa tengok kita make up tebal-tebal. 



Make up of the day


7) Photographer

Make up foc, photographer pon hampir-hampir foc. Syukur alhamdulillah rezeki. Photog ni kira member-member laa. Dia memang shoot kitorang haritu suka-suka je. Make gulai katanyeee. Ame datang berdua dengan Su. YaAllah dorang ni pon sporting habis. Masa amik gambar ramai-ramai, meriah je sebab photog pon sempoi. Cantikkkk gambar yang dorang ni shoot. Aku suka tengok gambar-gambar pengantin yang dia shoot, ada banyak dekat fb. And semua memang 5 bintang. Ame bagi copy je dekat kitorang sebab awal-awal lagi dah pesan tak payah susah-susah edit, nanti S boleh editkan. Hee. Tapi semua gambar yang aku tempek kat blog ni tak edit lagi. Tu pon dah cantik kan? Terbaik lah Ame! Not to forget my meng, Nani yang pagi-pagi lagi datang sebab nak amik gambar aku dalam bilik tengah make up, bersiap pakai baju pakai shawl, ngengade dengan bestie yang lain, dengan budak-budak, moment-moment yang OP tak sempat capture. Gitu. Hahaha. Nani ni awal-awal lagi aku dah book dia. Book sebab nak mintak tolong amikkan gambar ;) Thank youuu meng levviu! 





8) Jamuan makan

Yang paling perlu diurus, yang paling banyak belanja tentulah part ni. Kan? So, yang ni mama dan papa yang taja. Sebab aku sendiri pon tak kerja lagi. Kalau yang lain-lain tu alhamdulillah aku boleh lagi uruskan sendiri. Hee. Tapi sebab bertunang, still, takdela banyak sangat dan yang penting jangan membazir. Majlis kitorang haritu, mama and the team hehe ni termasuk aunty aku yang dari kl, nenek sedara aku dan ramai lagi lah. Mereka laa yang berhempas pulas masak menyediakan hidangan makan untuk pihak rombongan dan tetamu. Menunya ialah nasi arab, mee kari dan kuih-muih pemanis mulut. YaAllah semua sedap tak terkataaa. Bukan aku yang cakap ok. Semuaaaa cakap gitu kehkeh. Kakak ipar S balik rumah sampai repeat 3 kali lagi makan nasi arab hahaha terharu sungguh! Part makan ni memang syukurnya yaAllah taktau nak cakap cmane bila tetamu puas hati makan. Rupanya inilah kepuasan hakiki. Masa dorang setup makanan ni aku memang tak sempat tengok. Bila dah lepas photog amik gambar, tetamu pon dah balik, baru aku sempat makan. Tau-tau rupanya banyak gilaaaaa kuih-muih. Dah kenapa aku taktau ni? Aaaa. Terus makan puas-puas lepas tu.






9) Doorgift

Yeaayyy move on to doorgift! Aku excited yang amat nak prepare doorgift untuk tetamu yang datang. Awal-awal lagi beli botol kaca dengan jute rope. Vintage themed uolss. Lepas tu memula aku mintak S buatkan design sticker macam yang aku nak. Lagi dua bulan nak majlis, aku tanya S bila nak bagi design sticker sebab nanti mesti nak kena hantar awal-awal dekat yang buat sticker ni. Kalau dia taknak buat sebab tak sempat buat ke ape, memang nanges 14 malam laa aku. Taaaaapi, ropa ropanya S ni nak siapkan semua terus. Kiranya aku terima yang dah siap daripada dia. Yay! Sweet angat awak ni encik tunang. Banyak design yang dia tunjuk sampaaaila aku puas hati. Nak warna tema hantaran, warna tak kena, taknak pekat sangat taknak pucat sangat, nak bagi tulisan center betul-betul, nak menonjol tapi nak simple, nak macam tu nak macam ni. Haha kesian awak, penyabar sungguh. Entahla, bukan cerewet tau. Lalala. Just nak betul-betul puas hati nanti bila orang tengok doorgift kitorang, sejuuuukk je hati. 







10) Wakil jurucakap

Sebelah pihak aku, wakil jurucakap ialah uncle aku yang dari kl dan sebelah S pula ayah su dia. Semua berbincang kat bahagian ruang tamu atas. And tetamu yang lain kat  ruang tamu bawah. Bila lepas majlis, aku tanya kawan-kawan aku, mereka bincang apa. Dorang cakap dorang pon tak dengar apa yang dibincangkan. Tau-tau dah siap. Hahahaha itulaa  yang aku cakap asal kejap nauu. Tapi kitorang memang tak tetapkan tarikh majlis bila, wang hantaran berapa, bilangan hantaran apa semua tu. Kalau ada rezeki dalam masa yang terdekat insyaAllahhh, ada lah tu. Doa yang baik-baik saja :) 


*****

Alhamdulillah, siap juga entry ni. Panjang lebar berjela ni haa. Baru aku tau aku ni agak gigih. Hahaha. Apa-apa pun, esok lusa dah masuk tahun baru, 2016 dan aku sangat happyyy masuk tahun baru dengan status tunangan orang. Darah manis kan ewah gedik sikit. Bila dah bertunang, apa yang sudah dijaga, lagi-lagi perlu dijaga. Semoga saja tiada anasir luar, anasir buruk yang menghampiri. InsyaAllah akan kami jaga perhubungan ini sehingga ke akhirnya. Tiada kata yang dapat diucapkan lagi. Macam mimpi je semua ni berlaku tau :') Hello 2016, may you be good and may happiness is always be with you, and us.

Much love from me, Nana.