Pages

04 December 2015

We are engaged!

Hai assalamualaikum! 

Syukur alhamdulillah pada Sabtu, 21 November lepas telah selamat menjadi tunangan kepada Safuan Arif :') Syukur ya Allah majlis berjalan dengan sangat lancar melebihi yang digambarkan.





Panjaaanggg sebenarnya nak bercerita ni, sebab nak cerita start macam mana boleh decide nak bertunang, progress sebelum sampai lah selesai majlis pertunangan ni. Nak tulis nak simpan sebab ini salah satu memori termanis yang mesti diabadikan kat sini. Takpe, untuk kenangan je. Bukan nak hebohkan ke ape sebab dekat FB pon, family, photographer, MUA semua pakat dok upload gambar dah. Kite senyap je dekat FB hikhik. Nak share kat sini dengan silent readers kite yang setia. Entah ade lagi ke tidak. Ke semua dah tertunggu-tunggu? Alooo perasan angat. 

First thing first, memang lambat pon update kat sini sebab ampunnn penat gils hari-hari balik kerja sampai rumah 6.30 petang, lepas isyak terus selamat atas katil. Sedar-sedar 6.00 pagi esoknya macam mana nak update blog T_T Selalu nangis berguling sebab nak update cepat-cepat kat sini tapi takde masa, serius takde masa. Aku sekarang tengah intern kat KB. So daily routine tu tak macam dedulu lagi. Aku ni dahla bangsa boleh update blog malam-malam je. So malam ni iolls nekad nak stay up sebab esok Jumaat off day heww gigih niii. Excited nak bercerita!

Mula-mula aku dapat perkhabaran gembira ni, lepas raya Aidilfitri yang lalu. Khamis 23 Julai, starting dia situasi dalam kereta, abang sulung S call nak tanya jadi ke tak nak join dia pergi Cameron Highland keesokan hari. S cakap tak ikut kot then dia kena bahan. Abang dia cakap hai nak bertunang dah kot takkan laa tak boleh berenggang ke cmane dah aku lupa pulak masa S cerita balik dekat aku apa yang dorang borak. Masa tu aku memang tak amik port langsung sebab aku fikir Abe Yie tu dahla suka bergurau. Saje laa tu. Angin pon takde siapa pulak nak bertunang khenss. Tapi masa tu aku tengok S gedik-gedik senyum dia pon lain dah tapi aku monolog haa jangan percaya jangan berharap nanti kan kalau takde pape sendiri yang pilu sebab suka sangat expect tinggi-tinggi. End up, aku tak layan. Aku buat taktau je. HAHAHA. 

Esoknya, Jumaat 24 Julai malam tu mama ade la buat bbq kambing so aku ajak S datang sekali. Siap makan semua tu, dia tetiba tanya aku, mama buat ape dalam bilik? Dah tidur ke? Lepastu acah-acah intai dalam bilik. Aku tanya kenapa then dia jawab dengan soalan dia yang tadi. Dahla aku tengok dia macam kucing nak beranak. Lepas tu dia cakap, "Mama dah tidur ke? Nak bincang something ni". Hah masa tu rasa okayy ni pelikk. Banyak kali aku tanya dia, "Apaaa..Cakap laa please? Ke nak mama jugak?" Dia gelak jee. Dia tanya nak bagitau sekarang ke bagitau depan mama. Pi mai pi mai macam keling, laaaaast sekali baru dia cakap, 'Okay.. Nak tau tak, benda yang kita bincang dulu tuu.. Yang dulu tuuuuuu.. Dah dapat greenlight!" And my reaction was like.. Heh? Yang bener? Boleh bertunang? Lulus? Hahahahahahaha gelak sampai esok. Sebab itu aje lerr benda yang kitorang bincang tak berkesudahan. Benda paling impossible untuk terjadi pada tahun 2015, bagi aku. Tapi siapa sangka kann. Allah is the best of planners.

Syukur alhamdulillah, berita paling gembira aku pernah terima daripada S sepanjang enam tahun ini :)) Gelak tu nak cover perasaan gembira, gementar semua tu je. Terlalu happyyy. S pon menjawablah semua persoalan aku. Dia cakap alhamdulillah mak dia bersetuju dan tarikh pon up to S dia balik Malaysia next bila pulak kan. Ohh just so you know, sooner the better. Hiks. Jadi malam tu, tidur paling nyenyak lah buat seorang Nur Fatanah. Eh yeke nyenyak? Bukan dah sibuk scroll gambar pelamin dalam instagram? Eh? Eh? Haha :p

Maka bermula lah hari-hari pre pertunangan buat diriku dan S. Teehee! Sementara dia masih kat Malaysia la kan. Lepak coffeeshop, bincang tarikh, bincang warna tema. Haa jangan taktau awal-awal tu aku sebenarnya segaaann sangat nak bincang pasal semua ni dengan S. Bincang suam-suam kuku jeeee. Bukan yang beria tu. Tetiba aku jadi seorang yang pemalu. Tarikh first yang kitorang setuju is 20 Disember sebab cantik 20.12.2015 kena pulak cuti sekolah. Tapi lepas dua bulan kitorang terpaksa tukar, bincang tarikh lain sebab cousin aku kawen la fulak 20 Dis tuu. Bincang-bincang dengan S, family aku family S, semua setuju maka dapatlah tarikh 21 Nov ni, and stick dengan tarikh tu sampai akhir. Hehe. Pilih tarikh pon bukan senang tauu.

Ini laa prolog kepada kisah pertunanganku. Hee. Next entry kita buat klimaks, untuk epilog kita story mory persediaan dari A-Z. Okayy? Haa dah macam novel siap prolog epilog bagaiii. Ke patut ada Part I Part II? Ke patut ada sub? Ke patut lempang je Nana ni? Ewah jangan lempang nanti takmau share nahh. Wiuwiuwiu. For now, for everything, alhamdulillah. We are engaged!




No comments: