Pages

19 October 2012

bukan ku pinta

Ya Allahhhhh... hanya kalimah itulah yg keluar saat satu-persatu gambar 'terseksa' adik Adam bertaut dengan mataku. Air mata yg menitik-nitik di atas cadar hanya mengaburi lagi pandangan mata ini untuk terus menatap wajah dan sekujur badan yg menyayat hati itu. Bayi yg sekecil itu telah diuji dengan kesakitan yg tiada siapa sekalipun dapat mengerti... :'( Sewaktu dilahirkan, adik Adam mengalami kekurangan oksigen. Setelah scan MRI dilakukan, terdapat kerosakan saraf pada otaknya dan hanya bergantung kepada mesin untuk bernafas dan menyusu... 










Sedih dan menyayat hati kann? :'(






Tidak dapat membayangkan betapa tabahnya pasangan suami isteri ini yg menerima dugaan yg maha dasyat ini. Di saat orang lain dikurniakan dengan anak yg sihat, boleh tersenyum, bergelak ketawa, bermain dan membesar dengan sempurna, mereka hanya mampu melihat anak kecil yg dicucuk jarum sana sini, yg hidupnya bergantung kepada mesin. Tetapi mereka tidak pernah putus pengharapan kepada Allah S.W.T. Kasih dan sayang mereka terlalu suci. Lebih suci dari ibu ayah lain yg hanya perlu bersengkang mata di malam hari dengan keadaan anak yg sihat walafiat. Tetapi anak mereka...

Alhamdulillah, kini keadaan adik Adam dah semakin stabil. Jomlah kita berdoa untuk adik Adam ye! Berdoalah dengan hati yg seikhlas mungkin. Sumbangan doa kita juga amat-amat berharga jika  tidak mampu secara material sekalipun. InsyaAllah pasti ada sinar harapan untuk anak secomel ini :)

Allahu musta'an..

6 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

moga adik adam ok je lepas ni,, amin

yanana amran said...

na, menitik air mata akak, dahla lagu background awak pun sedih :'(

Khalilah MNor said...

Kesiannya adik adam... Semoga kedua pasangan muda ini terus diberi kekuatan dan kecekalan berdepan ujian ini. Semoga adik adam juga mampu pulih seperti anak-anak yg lain... Amin.

Awana Suzanna said...

comel dak nie.. xsangka Allah memberikan die penyakit mcm nie.. kesian tgok.. hope adik adam cpt2 sembuh... xsamapai ati tgok...

wana follow sini...

Awana Suzanna said...

comel dak nie.. xsangka Allah memberikan die penyakit mcm nie.. kesian tgok.. hope adik adam cpt2 sembuh... xsamapai ati tgok...

wana follow sini...

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

syafakallah...jika nafasmu berhenti disini, syurgalah tempatmu nanti... :') lagu background gapo ni nana? sedih ngoti..huhu