Pages

24 February 2011

full time driver

Macam biasa, pagi-pagi before breakfast, day dream jap atas katil. Tetiba, 

"Tenonett..tenonett.."(bukan bunyi sebenar) handphone aku bunyi mintak diangkat.

"Hello? Mama nape?" Eh, baca dengan nada sopan aa. Aku lemah lembut kot. Teehee :p

"Kakak,kakak datang sekolah mama jap eh? Hantar buku kedatangan pelajar mama. Mama tertinggal kat rumah lah."

Aaaa "Oh,okay okay!" Sambar tudung, pufff!

Balik dari sekolah mama, terrrruuus online haha. Tengah-tengah online,

"Kringg kringg..kringg kringg.." (bunyi sebenar) Ini telefon rumah lah! ;)

"Kakak, papa tertinggal handphone kat rumah la.. Tolong hantar jap eh?"

"Hahhh? Ooo ok ok. 5 minit lagi kakak sampai. Papa tunggu depan sekolah eh pukul 10.30."

Thennn, VRROOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMM!!


Aishh, ni apehal ni semua tertinggal barang ni? Nasib baik dua-dua sekolah 5 minit je dari rumah. Haihh. Eh eh, tak mengeluh tak mengeluh. Kehkeh :p

Okay itu scene pagi je okay? Now tugasan emas. Woohoo! :D Mama balik sekolah pukul 12.45 t/hari, so pergi fetch my mama dulu. Then, hantar balik rumah. Lepas tuh, berkejaran nak pergi ambik si achik tu pulak. Dia balik pukul 1.15 petang. Hantar achik balik rumah. Naik teguk-teguk air barang segelen. Ok, hiperbola :D Pukul 2.30 daaaaaah nak kena siap-siap pergi hantar mama balik kat sekolah sebab petang tu ada pertandingan bola apa entah. Balik daripada hantar mama, singgah ambik angah pulak. Dia balik pukul 3.00 petang. Letak angah kejappp je, oh mandi kejap, lepas tuh nak kena pergi hantar balik achik dan angah ke sekolah masing-masing sebab petang tu, pukul 4 ada aktiviti koku. Haiyakkk! Ok, dah hantar, kena aa ambik balik kan? So, ambik achik pukul 5.00 and angah pukul 5.30 -.-" LASTLY, untuk hari tu, pergi hantar achik ke kelas mengaji Al-Quran pulak pukul 6.30 lepas tuh. Adoyay. Lembik memang lembik. Dah macam agar-agar yang terlebih sukatan air tu haa. Hahaha. Papa aku lagi-lagi lah. Dia cakap dia dah macam pakcik teksi ke hulu ke hilir. Lagi kesian kan? Aku baru beberapa hari je. Tak boleh nak bayang macam mana lah papa yang tiap-tiap hari tuu, before this. Pity him. Hehe. Ape-ape hal pon, aku enjoy je. Because.. My mom used to call me, 'Hantu Kereta' Haha.   Kalau dapat kereta tu kat aku, memang tak lepas stereng lah jawabnya. Hee :)



22 February 2011




"JEALOUSY DOESN'T ALWAYS SHOW HOW MUCH YOU LOVE SOMEONE, IT SHOWS HOW INSECURE YOU ARE. "




21 February 2011

memory never fades

Last night, odp. Hee. Takde lah lama sangat. 2 jam je. Kannn? ;)


*****

Guys, do you have memory or should it takes, memories? For sure lah ada, kan. Yahhh. Memories cant be forgotten, aite? Esp sweet memories. Don't know how but it rather stays in heart like forever :) Friendship, learned since childhood but at that particular time, still, too naive in judging people. So, friendship comes meaningless. Somehow, true friendship revealed later. Not so sure about the timeline, but it hits.


For me, high schools friends got hot stuffs. You know what does it means? Till now, do you still remember your h.s friends? Exactly YES, right? So yeah, they do! I know, many told that uni's buddies are better. Hello, jangan lupa daratan okayy? JK JK :D And do you believe me on this and only this? H.s friends are non-easily forgotten for whatsoever they had done. Their concern, their laughs, tears, and I'm sure you can think of it for many more. And I do believe, anyhow we cant judge people or new friends that we met. Need some more time, maybe? After that, we can be BESTFRIEND. To tell you what, bestfriend cant never turn into lover. Dont ask me. It's just cant. Hee.




But for me, you guys, CRAVIUS LEONIDUS rocks my world. Learn so many many things. Sweets & sours mixed. Yang penting, 5Al-Biruni memang di hatiku. Teehee :p 


With Love:
  • Aiman
  • Safuan
  • Arif
  • Azurin
  • Hafizi
  • Izzat
  • Veda
  • K.Azman
  • Badrun
  • Asyraf
  • Balqis
  • Atiqah
  • Nurul
  • Nadia
  • Aini
  • Fatanah (me included :p)
  • N.Farhan
  • Adyani
  • Izzati
  • Nuraini
  • Aisyah
  • Amiruddin
  • K.Anuar
  • Alif
  • Izzul
  • Zulhashime
  • Amir 
  • Afiq
  • Iewan
  • A.Farhan


How I miss the schooldays :'(

20 February 2011

ily :)


 a  b  c  d  e  f
 g  h  i   j   k  l
m  n   p  q  r
   s   t  v  w x
 y  z




16 February 2011

Rasa-rasa macam ada harapan nak panjang je entri ni. Macam je la. Kehkeh :p

Assalamualaikum and haiiiii...


Lama sungguh tak mengadap benda ni. Tadi pon sesat jap nak cari dashboard semua-semua ni. Nasib baik terjumpa gak. Hihi tipuu. Oh macam tajuk kat atas kan, rasa-rasanya, memang macam tuh la. Actually, dari hari tu lagi nak cerita pasal Mesir, HM, darurat tu kan. Kan dah pernah janji hari tu. Kan kan? Tapi macam daahh terlewat sangat dah sampai HM pon dah step down. SO, mesti takde orang nak baca entri ni kan? Huu. Takpela, bukan nak suruh siapa-siapa baca pon. Nak buat kenangan je pon letak dalam blog ni. Nanti senang, bila ada cucu esok lusa, mesti dia mintak nenekanda dia ceritakan pasal Legend of Mubarak dan etc. Kehkeh. Jadi, takyah la aku susah hati kalau ada short term memory (memang ada pon) sebab aku boleh suruh dia bukak je blog picisan ni. Weehoo. Cucu tuuu! :D


Sebelum ni, masa kat Mesir, memang aku dah catat setiap tarikh dan apa yang terjadi pada tarikh tu. Yela, takot-takot TV3 kena sekat, tak boleh masuk Egypt, aku boleh ganti nak melaporkan apa-apa ke. Hihi. And lagi satu, orang kata yang mengalami sendiri ni lebih tahu apa yang terjadi sebenarnya. Ye tak? Hihi. Tapi, bila nak transfer balik masuk dalam blog eh eh hahaha. Tak payah lah transfer, berita dah basi. Haha tipuu lagi! Padahal terperinci sangat and takot if ada yang baca tu termuntah! Ngehehe. Eh, tak jujur sangat kan? ;)


Okay, so macam nak summary kan je semua tu. Daripada start kejadian sampai lah tamat kejadian. Kita mula eh? Ok, dia punya kisah start 25Jan2011, masa tu memang nampak simple lah kan even ramai sangat yang buat tunjuk perasaan tu. And masa tu, kalau tak silap aku sedang tidur senyeyaknya sebab penat study histology. Konon ah. Padahal dorang berbaris dekaat je dengan rumah aku, jalan ke Tahrir. Jalan depan rumah aku la tuh. Dapat tahu pasal ni pon sebab ada orang upload video kat youtube. Tiba-tiba, "Eh, nape rase familiar sangat haa dengan jalan dekat kawasan ni?" Haha, dah memang lalu tiap-tiap hari pergi u, mana tak familiar nyee -.-'

 
 


Lepas tuhh, ingat kan macam takde apa-apa la kan sehari dua lepas tu even dalam news cakap, 'It's the beginning of the end.' Nahh, amekkk! Tapi, rupa-rupanya memang betol! Hari khamis lepas tamat exam histology, 27Jan2011, kami ke Mataria nak shopping winter coat. Balik shopping dah la malam, lepas Isyak. Masa naik teksi pakcik teksi pulak cakap tak boleh lalu ikut jalan Tahrir sebab ada demonstrasi! Ohh haa. Lepas balik dari shopping ni lah yang fb kena block tu! Dalam pukul 12 lebih kurang, memang internet di shut down :( Bangun pagi esok tu, memang aku nak menangis! Housemate pulak cakap SMS dah tak jalan dah. Masa ni kami dah terasa cuak sangat dah. Pagi Jumaat tu, 28Jan2011, lepas breakfast, kami berpecah untuk beli bekalan makanan selama seminggu dua. Dan hari ni jugak la yang orang cakap lepas solat Jumaat, akan ada demonstrasi besar-besaran! Petang tu, dari rumah aku, boleh nampak lah asap-asap hitam, bunyi ada benda meletup-letup. Pistol getah tu rasanya. Yang penting, memang rasa macam dekat Palestin dah!












Yaumu Kiamat Fii Misr (Hari kiamat di Mesir). ' - Tajuk akhbar Mesir pada 29Jan2011. Oh sebenarnya, kami tak digalakkan untuk memikirkan sangat apa yang terjadi masa tu sebab memang panik pon dengan banyak rumors yang dihebohkan. Jadi, setiap orang haruuss tenang. Aku pon masuk bilik, layan movie. Hehe. Tiba-tiba bunyi bising kat luar. Kami ber 11 semuanya, 5 orang lagi dari rumah Abou Risy. Lagi ramai lagi baik! Aku macam tak layan sangat la bunyi bising tu sebab memang tv on 24 jam. Itu je satu-satu media perhubungan yang kami ada. Nasib baikk ada! Tapiii, tetiba roomate aku masuk bilik, muka cemas toksah cerita. Dia cakap dapat phone call. Banduan terlepas beribu-ribu! Now, mini market yang aku biasa-biasa pergi tu daaah kena rompak! Hahhh?! Aku pengsan. Hehe, takdelah. Terkejut gilaaa. Masa tu semua orang panik amat-amat. Malam tu memang kemuncak ketakutan aku rasa. Internet dengan line telefon dahla tak ada! Erghh! Bunyi bising bawah rumah, pergi usha, tengok-tengok pakcik-pakcik Arab dah berkejaran bawah rumah, bawak parang, pisau, kapak, pedang bagai. Kalau sorang satu takpe jugak, ni mahunya 3 4. Adoii, mana tak kecut perut. Dorang ni sebenarnya nak protect family masing-masing daripada prisoners tuh. Nak harapkan polis, polis pon dah tak ada kan. Tapi, malam tu jugak askar-askar sampai nak tenteramkan keadaan kat kawasan rumah aku ni. Malam tu kami tidur bergilir-gilir. Pintu memang tutup rapat-rapat. Sandar dengan kayu, peti ais dan katil. Sangat takut okayy?







Okayy lepas tuh kannn.. (nak ingat tarikh dengan gigih) Err.. dalam 2 hari lepas tu, 31Jan2011. Paginya, kami dapat notis mengosongkan rumah dalam tempoh 24jam kerana keadaan terlalu merbahaya dan adalah di luar kawalan. Sebelum tu, kami dah siap-siap stok makanan untuk sebulan kerana dijangkakan stok makanan akan disekat. Air pon kami simpan siap-siap sebab ada orang cakap air dah dicatu di beberapa kawasan. Elektrik pon sama! Jahat kan? So, pagi tu kami pack beg siap-siap. Beg kecik je pon. Masa tu rasa sebak sangat-sangat. Macam terdetik la kat hati ni, ' Eish,datang lagi tak rumah ni?' Sobsob. Sedih aa nak tinggal bilik tu. Dahla cantik, pink lagi. Hek3. Eh ok ok. Tengah sedih T.T Lepas Zuhur macam tu, kami ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) untuk dikumpulkan beramai-ramai. Masa tu, ada la sorang musyrif lelaki yang menemani kami, takot-takot something happen ke kat tengah-tengah jalan nanti. Masa dalam teksi tuu, babak sedih lagi. 'Aishh, betol ke aku nak tinggalkan Mesir ni?' Sobsob. Eh, memang dia punya feeling tuh lain aa. Waa, dah jatuh cinta kat Mesir ni!





Tinggallah kami ber 11 kat surau DMAK tu dengan bahagianya selama 4 malam. Hehe. Tak nak lah cerita panjang-panjang. Jimat space. Hee. Yang penting, kami memang belajar nilai persahabatan masa ni :) Pagi Jumaat tu, 4Feb2011. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kami akan dievacuate ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 11pagi. Tapi, pukul 2pagi dah kena ready -.-' Kesian kat kakak-kakak abang-abang. Memang tak tidor bermalam-malam la semata-mata nak uruskan semuanya. Sangat menghargai! :) Kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo dengan 3 bas dan sebuah coaster. Jam 11 naik pesawat dan lebih kurang stu jam setengah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Setengah hari kami di sana sebab nak uruskan visa on the spot. Hebat kan? Boleh siapkan on the spot. Semuanya jasa baik kerajaan Arab Saudi. Kat Jeddah, kami diberi penginapan dan layanan yang selesa di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Hujjaj, Jeddah. Makanan?? Waaa memang 1st class lah! :D Sampai berat badan bertambah 2 3 kilo. Darurat tuhh. Haha. Setelah 3 malam di sana. Sekali lagi kami dikhabarkan berita gembira! Kami akan pulang ke Malaysia pada 7Feb2011. Alhamdulillah! Semua orang tersenyum girang. Teehee :DD

8Feb2011-9.00a.m : Finally, kami sampai jugak kat Malaysia setelah bermalam-malam bermimpi ngeri. Hee. Semua disambut keluarga tercinta. Sayang ah, aku trip second, takde pon wartawan dan kamera-kamera besaaar tu T.T Dan pukul 1.20t/hari. Aku naik flight balik kelantan terus,yay! :DDD Setelah 1 Jumaat di Mesir, 1 Jumaat di Jeddah dan 1 Jumaat di Malaysia, akhirnya Mubarak akur dan telah meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir. Alhamdulillah... 





Ramai yang tertanya-tanya akan faktor Mubarak bebuat demikian. Antaranya ada yang mengatakan Mubarak mendapat tekanan daripada Majlis Tentera Mesir. Dan buat masa sekarang, Majlis Angkatan Tentera menjadi kerajaan sementara. Tentera turut memberi jaminan menghormati perjanjian antaranbangsa sehinggakeputusan baru dibuat. Means, hubungan dengan Amerika Syarikat tetap diteruskan kerana tentera mendapat bantuan 1.3 million dollars daripada AS. Tak tahu lah macam mana kesudahan pimpinan politik di Mesir. Bimbang lah jugak kan, ada influence dekat universiti ke apa ke. Semua tu, kita tak boleh jangka. Haihh. Semoga Allah mengurniakan kesudahan yang baik terhadap bumi Anbiya' itu. Aminnn...



notakaki: sebab tuu lah aku taknak update blog. Tengokk? Dahh tertangguh tugas isteri mithali aku sebab mengadap benda ni 4 5 jam. Teehee :p 

10 February 2011

ilmu paling berguna

Tak tahu apa yang melajukan tangan ini untuk menghasilkan entri baru tetapi macam tak ada matlamat je entri ni.


Ringkasnya, setelah apa yang dilalui lebih kurang 2 minggu musibah di Mesir dan setelah dievacuate ke Arab Saudi, ratusan ilmu berguna yang berjaya dipelajari. Dannnn ada satu yang pastinya sangat berguna!


*Never judge people till you know know the truth*

For what purpose I'm talking here, let just me know it. Huh. Ingat guwa tak sedar ke semua yang berlaku tu? Eh, guwa berlakon buat bodoh pon boleh lah. Takdela macam nak selfish or whatsoever sangat! And paling penting, jangan terlalu cepat menghukum, cuba fikir yang terrasional dulu. Kita semua kan pandai-pandai. Kata budak medikkk. Dah, cuba cari mana silapnya yang dulu kala. Yang penting, diri ini lebih banyak terluka dan lebih banyak mengalah untuk kebahagian 6 tahun setengah :(

Di kala yang lain bersuka ria, mengapa kita perlu bermasam muka dan melebarkan luka di hati? Carilah kebenaran, kerana kemanisannya sangat membahagiakan :)

08 February 2011

I'm HOME!!!

Over finally .....




oww yeahhh!

I'm HOMEEE!

.....

currently at KLIA and I've just deactivated my facebook's account minutes ago :)

05 February 2011

heart & feeling

Okay first thing first. Grateful towards HIM as I stay safe and secure in HIS guardian. Currently, I'm in Jeddah, Arab Saudi. Everybody here lives well. So people, no worries, okay.
*****

Hurm... By now, I don't wish to tell the unforgettable-palestine-liked-memories that I went through in few days ago. Just got something to tell that I can't express by actions nor anyhow medium I could reach. 

I don't know how to start this. I just found something in myself and I totally don't like it. You know what? I'm not comfort as I used to. You'll never understand this because I won't let you understand. You should understand it by your own.

I'm hurt.