Assalamualaikum and haiiiii...
Lama sungguh tak mengadap benda ni. Tadi pon sesat jap nak cari dashboard semua-semua ni. Nasib baik terjumpa gak. Hihi tipuu. Oh macam tajuk kat atas kan, rasa-rasanya, memang macam tuh la. Actually, dari hari tu lagi nak cerita pasal Mesir, HM, darurat tu kan. Kan dah pernah janji hari tu. Kan kan? Tapi macam daahh terlewat sangat dah sampai HM pon dah step down. SO, mesti takde orang nak baca entri ni kan? Huu. Takpela, bukan nak suruh siapa-siapa baca pon. Nak buat kenangan je pon letak dalam blog ni. Nanti senang, bila ada cucu esok lusa, mesti dia mintak nenekanda dia ceritakan pasal Legend of Mubarak dan etc. Kehkeh. Jadi, takyah la aku susah hati kalau ada short term memory (memang ada pon) sebab aku boleh suruh dia bukak je blog picisan ni. Weehoo. Cucu tuuu! :D
Sebelum ni, masa kat Mesir, memang aku dah catat setiap tarikh dan apa yang terjadi pada tarikh tu. Yela, takot-takot TV3 kena sekat, tak boleh masuk Egypt, aku boleh ganti nak melaporkan apa-apa ke. Hihi. And lagi satu, orang kata yang mengalami sendiri ni lebih tahu apa yang terjadi sebenarnya. Ye tak? Hihi. Tapi, bila nak transfer balik masuk dalam blog eh eh hahaha. Tak payah lah transfer, berita dah basi. Haha tipuu lagi! Padahal terperinci sangat and takot if ada yang baca tu termuntah! Ngehehe. Eh, tak jujur sangat kan? ;)
Okay, so macam nak summary kan je semua tu. Daripada start kejadian sampai lah tamat kejadian. Kita mula eh? Ok, dia punya kisah start 25Jan2011, masa tu memang nampak simple lah kan even ramai sangat yang buat tunjuk perasaan tu. And masa tu, kalau tak silap aku sedang tidur senyeyaknya sebab penat study histology. Konon ah. Padahal dorang berbaris dekaat je dengan rumah aku, jalan ke Tahrir. Jalan depan rumah aku la tuh. Dapat tahu pasal ni pon sebab ada orang upload video kat youtube. Tiba-tiba, "Eh, nape rase familiar sangat haa dengan jalan dekat kawasan ni?" Haha, dah memang lalu tiap-tiap hari pergi u, mana tak familiar nyee -.-'
Lepas tuhh, ingat kan macam takde apa-apa la kan sehari dua lepas tu even dalam news cakap, 'It's the beginning of the end.' Nahh, amekkk! Tapi, rupa-rupanya memang betol! Hari khamis lepas tamat exam histology, 27Jan2011, kami ke Mataria nak shopping winter coat. Balik shopping dah la malam, lepas Isyak. Masa naik teksi pakcik teksi pulak cakap tak boleh lalu ikut jalan Tahrir sebab ada demonstrasi! Ohh haa. Lepas balik dari shopping ni lah yang fb kena block tu! Dalam pukul 12 lebih kurang, memang internet di shut down :( Bangun pagi esok tu, memang aku nak menangis! Housemate pulak cakap SMS dah tak jalan dah. Masa ni kami dah terasa cuak sangat dah. Pagi Jumaat tu, 28Jan2011, lepas breakfast, kami berpecah untuk beli bekalan makanan selama seminggu dua. Dan hari ni jugak la yang orang cakap lepas solat Jumaat, akan ada demonstrasi besar-besaran! Petang tu, dari rumah aku, boleh nampak lah asap-asap hitam, bunyi ada benda meletup-letup. Pistol getah tu rasanya. Yang penting, memang rasa macam dekat Palestin dah!
' Yaumu Kiamat Fii Misr (Hari kiamat di Mesir). ' - Tajuk akhbar Mesir pada 29Jan2011. Oh sebenarnya, kami tak digalakkan untuk memikirkan sangat apa yang terjadi masa tu sebab memang panik pon dengan banyak rumors yang dihebohkan. Jadi, setiap orang haruuss tenang. Aku pon masuk bilik, layan movie. Hehe. Tiba-tiba bunyi bising kat luar. Kami ber 11 semuanya, 5 orang lagi dari rumah Abou Risy. Lagi ramai lagi baik! Aku macam tak layan sangat la bunyi bising tu sebab memang tv on 24 jam. Itu je satu-satu media perhubungan yang kami ada. Nasib baikk ada! Tapiii, tetiba roomate aku masuk bilik, muka cemas toksah cerita. Dia cakap dapat phone call. Banduan terlepas beribu-ribu! Now, mini market yang aku biasa-biasa pergi tu daaah kena rompak! Hahhh?! Aku pengsan. Hehe, takdelah. Terkejut gilaaa. Masa tu semua orang panik amat-amat. Malam tu memang kemuncak ketakutan aku rasa. Internet dengan line telefon dahla tak ada! Erghh! Bunyi bising bawah rumah, pergi usha, tengok-tengok pakcik-pakcik Arab dah berkejaran bawah rumah, bawak parang, pisau, kapak, pedang bagai. Kalau sorang satu takpe jugak, ni mahunya 3 4. Adoii, mana tak kecut perut. Dorang ni sebenarnya nak protect family masing-masing daripada prisoners tuh. Nak harapkan polis, polis pon dah tak ada kan. Tapi, malam tu jugak askar-askar sampai nak tenteramkan keadaan kat kawasan rumah aku ni. Malam tu kami tidur bergilir-gilir. Pintu memang tutup rapat-rapat. Sandar dengan kayu, peti ais dan katil. Sangat takut okayy?
Okayy lepas tuh kannn.. (nak ingat tarikh dengan gigih) Err.. dalam 2 hari lepas tu, 31Jan2011. Paginya, kami dapat notis mengosongkan rumah dalam tempoh 24jam kerana keadaan terlalu merbahaya dan adalah di luar kawalan. Sebelum tu, kami dah siap-siap stok makanan untuk sebulan kerana dijangkakan stok makanan akan disekat. Air pon kami simpan siap-siap sebab ada orang cakap air dah dicatu di beberapa kawasan. Elektrik pon sama! Jahat kan? So, pagi tu kami pack beg siap-siap. Beg kecik je pon. Masa tu rasa sebak sangat-sangat. Macam terdetik la kat hati ni, ' Eish,datang lagi tak rumah ni?' Sobsob. Sedih aa nak tinggal bilik tu. Dahla cantik, pink lagi. Hek3. Eh ok ok. Tengah sedih T.T Lepas Zuhur macam tu, kami ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) untuk dikumpulkan beramai-ramai. Masa tu, ada la sorang musyrif lelaki yang menemani kami, takot-takot something happen ke kat tengah-tengah jalan nanti. Masa dalam teksi tuu, babak sedih lagi. 'Aishh, betol ke aku nak tinggalkan Mesir ni?' Sobsob. Eh, memang dia punya feeling tuh lain aa. Waa, dah jatuh cinta kat Mesir ni!
Tinggallah kami ber 11 kat surau DMAK tu dengan bahagianya selama 4 malam. Hehe. Tak nak lah cerita panjang-panjang. Jimat space. Hee. Yang penting, kami memang belajar nilai persahabatan masa ni :) Pagi Jumaat tu, 4Feb2011. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kami akan dievacuate ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 11pagi. Tapi, pukul 2pagi dah kena ready -.-' Kesian kat kakak-kakak abang-abang. Memang tak tidor bermalam-malam la semata-mata nak uruskan semuanya. Sangat menghargai! :) Kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo dengan 3 bas dan sebuah coaster. Jam 11 naik pesawat dan lebih kurang stu jam setengah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Setengah hari kami di sana sebab nak uruskan visa on the spot. Hebat kan? Boleh siapkan on the spot. Semuanya jasa baik kerajaan Arab Saudi. Kat Jeddah, kami diberi penginapan dan layanan yang selesa di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Hujjaj, Jeddah. Makanan?? Waaa memang 1st class lah! :D Sampai berat badan bertambah 2 3 kilo. Darurat tuhh. Haha. Setelah 3 malam di sana. Sekali lagi kami dikhabarkan berita gembira! Kami akan pulang ke Malaysia pada 7Feb2011. Alhamdulillah! Semua orang tersenyum girang. Teehee :DD
8Feb2011-9.00a.m : Finally, kami sampai jugak kat Malaysia setelah bermalam-malam bermimpi ngeri. Hee. Semua disambut keluarga tercinta. Sayang ah, aku trip second, takde pon wartawan dan kamera-kamera besaaar tu T.T Dan pukul 1.20t/hari. Aku naik flight balik kelantan terus,yay! :DDD Setelah 1 Jumaat di Mesir, 1 Jumaat di Jeddah dan 1 Jumaat di Malaysia, akhirnya Mubarak akur dan telah meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir. Alhamdulillah...
Ramai yang tertanya-tanya akan faktor Mubarak bebuat demikian. Antaranya ada yang mengatakan Mubarak mendapat tekanan daripada Majlis Tentera Mesir. Dan buat masa sekarang, Majlis Angkatan Tentera menjadi kerajaan sementara. Tentera turut memberi jaminan menghormati perjanjian antaranbangsa sehinggakeputusan baru dibuat. Means, hubungan dengan Amerika Syarikat tetap diteruskan kerana tentera mendapat bantuan 1.3 million dollars daripada AS. Tak tahu lah macam mana kesudahan pimpinan politik di Mesir. Bimbang lah jugak kan, ada influence dekat universiti ke apa ke. Semua tu, kita tak boleh jangka. Haihh. Semoga Allah mengurniakan kesudahan yang baik terhadap bumi Anbiya' itu. Aminnn...
notakaki: sebab tuu lah aku taknak update blog. Tengokk? Dahh tertangguh tugas isteri mithali aku sebab mengadap benda ni 4 5 jam. Teehee :p
No comments:
Post a Comment