Pages

24 February 2011

full time driver

Macam biasa, pagi-pagi before breakfast, day dream jap atas katil. Tetiba, 

"Tenonett..tenonett.."(bukan bunyi sebenar) handphone aku bunyi mintak diangkat.

"Hello? Mama nape?" Eh, baca dengan nada sopan aa. Aku lemah lembut kot. Teehee :p

"Kakak,kakak datang sekolah mama jap eh? Hantar buku kedatangan pelajar mama. Mama tertinggal kat rumah lah."

Aaaa "Oh,okay okay!" Sambar tudung, pufff!

Balik dari sekolah mama, terrrruuus online haha. Tengah-tengah online,

"Kringg kringg..kringg kringg.." (bunyi sebenar) Ini telefon rumah lah! ;)

"Kakak, papa tertinggal handphone kat rumah la.. Tolong hantar jap eh?"

"Hahhh? Ooo ok ok. 5 minit lagi kakak sampai. Papa tunggu depan sekolah eh pukul 10.30."

Thennn, VRROOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMM!!


Aishh, ni apehal ni semua tertinggal barang ni? Nasib baik dua-dua sekolah 5 minit je dari rumah. Haihh. Eh eh, tak mengeluh tak mengeluh. Kehkeh :p

Okay itu scene pagi je okay? Now tugasan emas. Woohoo! :D Mama balik sekolah pukul 12.45 t/hari, so pergi fetch my mama dulu. Then, hantar balik rumah. Lepas tuh, berkejaran nak pergi ambik si achik tu pulak. Dia balik pukul 1.15 petang. Hantar achik balik rumah. Naik teguk-teguk air barang segelen. Ok, hiperbola :D Pukul 2.30 daaaaaah nak kena siap-siap pergi hantar mama balik kat sekolah sebab petang tu ada pertandingan bola apa entah. Balik daripada hantar mama, singgah ambik angah pulak. Dia balik pukul 3.00 petang. Letak angah kejappp je, oh mandi kejap, lepas tuh nak kena pergi hantar balik achik dan angah ke sekolah masing-masing sebab petang tu, pukul 4 ada aktiviti koku. Haiyakkk! Ok, dah hantar, kena aa ambik balik kan? So, ambik achik pukul 5.00 and angah pukul 5.30 -.-" LASTLY, untuk hari tu, pergi hantar achik ke kelas mengaji Al-Quran pulak pukul 6.30 lepas tuh. Adoyay. Lembik memang lembik. Dah macam agar-agar yang terlebih sukatan air tu haa. Hahaha. Papa aku lagi-lagi lah. Dia cakap dia dah macam pakcik teksi ke hulu ke hilir. Lagi kesian kan? Aku baru beberapa hari je. Tak boleh nak bayang macam mana lah papa yang tiap-tiap hari tuu, before this. Pity him. Hehe. Ape-ape hal pon, aku enjoy je. Because.. My mom used to call me, 'Hantu Kereta' Haha.   Kalau dapat kereta tu kat aku, memang tak lepas stereng lah jawabnya. Hee :)



No comments: