Pages

30 June 2012

Tahniah Irma dan Irine!

Salam alayk..

Hee seronok tak cuci mata hari ni? Mesti semua orang dah tengok kan gambar akad nikah Irma Hasmie yg amat mempesonakan tu :)) Alhamdulillah, akhirnya orang yg baik, Allah kurniakan jodoh yg baik jugak kan? Dah la bertemu di kota suci Makkah. Dulu-dulu aku takdela suka sangat pon kat Irma ni, tapi bila tengok gambar suami dia hari ni terus aku jatuh suka. Eh i mean, tengok gambar Irma and jatuh suka kat Irma lah! Hahaha :D Seriusssss baju Hatta Dolmat ni very vogue the vass. I dah save siap-siap dah nombor tepon dia. Senang nanti-nanti kan. Teehee!


Cantik kannn? Dari atas sampai bawah cantikkk! Ayu, sopan, manis eh semua-semua lah. Hee. Irma Hasmie dah buktikan yg dengan menutup semua, lagi bertambah cantik dan berseri-seri. Memang padan sangat dengan suami dia tu. Hihi. Banyak kali tengok gambar dorang! Tak bosannn :P

Dan aku dengan loosernyeee...........


........Pergi komen dekat page Odisi Studio tu. Duhhh malu! Semua housemate  pakat dok bahan aku. Aku memang terasa sangat looser la kalau pergi komen dekat page-page yg macam ni. Hahaha tapi naaak jugak g komen! 

And seorang lagi yg selamat diijabkabulkan semalam ialah Irine Nadia. Hehe. Atototo awak ni memang shomel kan :D


Tahniah awak! Akhirnya cita-cita masa kecik awak tercapai jugak. Kan dulu kita dah bertanding siapa kawen dulu dia menang. Hee fine, awak menang dah. Semoga menjadi isteri yg solehah tau. Kawen di usia yg muda ni bukan senang kan. Tengah belajar apa semua but i'm pretty sure you'll gonna go through this smoothly insyaAllah. Sampaikan salam kite kat hubby awak eh. Kikiki. - Pangggggggg! Sila kembali ke dunia nyata, Nana. Tak payah nak buat ucapan berunsur BFF Irine sangat lah. Foineee T_T

And ohhh one more beautiful lady's wedding today! Hehe. Vivy Yusof, siapa kenal? I've got to be confident even from her writing, personality and obviously appearance :') Congratulations to both of you, Vivy and Dean!



notakaki : 'Hatta Dolmat' kite design baju cantik-cantik eh? ;)

27 June 2012

lepas exam nak g spa!

Salam alayk..


Belogggg, belog rindu kite tak, rindu takkk? *goncang-goncang belog* Cepat ngaku! Hee. Alhamdulillah 'ala kulli hal, final exam dah habis. Yay! :) And ohh sorry sangattt kepada semua yg percaya kat shortnote kite before this. Yg nak kawen tuuu :P Hehe. Hmm, semalam dah kemas semua buku masuk lemari. Legaaaa sangat semua benda dah kemas. Fuhhh. 

Sekarang tinggal buat list tempat-tempat menarik kat Mesir ni untuk dijelajahi. Haha. Eleh, padahal pergi Pasar Hussin je pon. Kalau setakat muka aku ni, Pasar Hussin pon tak heran dah. Haih nak pergi mana lagi ye. Penat la fikir. Nak jalan-jalan habiskan duit pon susah. Hahaha :D Tak sabar nak balik tak sabar nak balik. Tapi tiket dah terbeli salah tarikh. Tuh laa, jadual exam yang tepat tak keluar lagi hari tu, tapi kitorg gelabah gila pergi beli awal-awal. Sebab macam dah heboh tiket summer kali ni habis awal. Phewh dalam kecuakan takot tak boleh balik Malaysia, kitorg gamble macam tu je pilih tarikh balik. Hee. Risau jugak kan kalau exam tak habis lg time tarikh yg kitorg pilih tu. Mesir memang macam ni lah. Tarikh exam nak kena tukar 4 5 kali dulu baru dapat yg tetap. Student arab la yg decide tarikh exam. Haih. Kang aku dah tersadai kat Mesir ni dekat-dekat sebulan. Hahaha over sikit :P

Time-time bosan ni la rasa nak belai sesuatu. Nak belai nyiauuuuu. Eeeii tambah-tambah pulak rindu dekat kucing kat rumah tu bila one of my unimates cerita pasal kucing dia yg comellllll sanad-sanad :P Pastu ada budak laki mintak kucing tu sebab dia nak ehem-ehemkan dengan kucing dorang. Dorang cakap kucing dorang miang gila dah. Hahaha duhhh kelakar! 



And haa, satu benda penting! Sebelum balik Malaysia ni lah perlu mencantikkan diri! Kakaka. Motip sangatt :P Tengoklah, kalau jadi aku dengan Tqah nak try spa kat Mesir ni. Hihi. Best ke tak tak tahu lah. Tapi kalau tengok dekat darendeal tu, offer dia menarik! Haish kena try nih :D Ehh kata nak cantik before balik Malaysia, haruslah pergi. Haha.


So, till here. Toodles! ♥  

22 June 2012



ESOK kite nak kawennnnnnnnnnnnnnnnnnn! 
Ahh cuaknyaaa :/ Doakan kite ye semua. Muehehe.



18 June 2012

Kadang menangis kesedihan kadang ketawa kegembiraan

Hidup ini tak selalunya indah. Tidak.

Lagi-lagi jika diuji dengan apa yang ada di sekeliling kita. Keluarga, kawan, pelajaran, kewangan dan yg dirasakan berkait dengan hidup kita. Aku tak minta punya kawan yg ramai beratus-ratus andai seorang sudah mampu menyerikan hidup dan sentiasa ada di sisi aku baik aku susah atau dia susah. Aku tak minta punya teman yg sentiasa bertegur sapa dengan aku jika senyumannya sudah cukup memberi isyarat yg dia selesa ada aku di sisinya. Dan aku tak minta punya kau yg mengaku sahabat baikku tetapi kemunculanmu hanya menambahkan lukaku. Tapi mengapaaaaaaa (tanda soal) Epic, bila ketiga-tiganya ialah orang yg berlainan.


******

Niat asal yg mahu ke library universiti ternyata menjadi debu apabila library diisytiharkan ditutup hari ini gara-gara pilihanraya Mesir -.-

Lantas kami berdesup ke Maniyal untuk belajar sambil makan sambil berangan di Cook Door. Kami ; aku dan dua budak comot di bawah. Muahaha :P
                                      
                                                 Hanis Zikri

                                                 Faiz Asikin

"Teman yang paling baik ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya kita akan mengingati mati." - the best caption for you both ♥ uhbbuki fillah :)

Ternyata, dengan begini aku bahagia.. Jika ini apa yg engkau nampak. Tapi air yg tenang jangan disangka tiada buaya, kan?


Sekian, dari aku yg merintih *muntah pelangi. Ergh jiwang pule memalam. Tumbuk nak? Rawrrrr!

notakaki : aku nampak macam sakit kan? ha'ah, sakit hati. hahaha! k dah nak g tengok abg gomez perform pulok malam ni hewhew. lajuuu je aku update blog sebab gomez. eh sebab germany :P

17 June 2012

Happy Father's Day

Salam alayk...


Hari ni Hari Bapa kan? 17 Jun? Nampak semua orang dah buat status Selamat Hari Bapa dekat facebook. Bersyukurlah kita yg masih lagi mempunyai ayah, abah, baba, abi, daddy, papa atau apa-apa panggilan lain lg. Masih lg mampu melihat senyuman ayah kita. Tapiii, bagi mereka yg dah kehilangan? Huk3 :'( serius tak dapat bayang sebab aku tak pasti, mampu atau tidak aku untuk terus hidup seandainya insan yg ak panggil 'Papa' ini tidak lagi tersenyum kepada aku suatu hari nanti :'(

INI ialah kisah salah seorang kawan aku yg telah pun kehilangan ayah dia. Sayuu, sayu sangat :'( 

Now, i'm gonna tell you guys about the greatest man in my life. Just him... The one whom I call 'Papa'.



Sorryyyyy, takde lah pulak gambar close-up papa je. Hee. How will I start this? Ohh nama la dulu kan. Adnan b. Che Abdullah, seorang guru, berusia 46 tahun. Enough for the intro ;)

Mama cakap, aku ni anak papa. Sikit-sikit nak papa, sikit-sikit nak back up papa. *deep inhale* Tapi entahla, aku pon rasa aku ni anak papa. Papa yg tak pernah mengecewakan, papa yg sentiasa ada dengan aku, papa yg tak membuatkan aku tertunggu-tunggu walaupun hanya seminit, papa yg tak memilih untuk berkeras dengan aku, papa yg penuh pengucapan nasihat dari mulutnya, papa yg tahu aku menangis walau sehebat mana aku control nada suara..

Kalau lebih dua hari aku tak call rumah, papa lah yg akan call dan tanya aku okay ke tak. Mama ni berpuitis sikit. Hihi. Nak sms jeee :P Dan kalau aku perlukan papa pon, misscall je. Within a minute, papa akan call balik. See? Papa tak pernah buat aku tertunggu-tunggu. Contoh kalau benda-benda yg urgent or tak tahu nak cari orang terdekat, memang papa ialah orang first yg aku akan cari. Hari tu, pagi-pagi buta lagi dikejutkan dengan letupan dalam bilik. Dalam keadaan gelap tu, nampak ada cahaya. Tubuh rasa menggigil sebab dok imagine sapeee lah yg bom bilik aku ni. Tapi dapat rasa yg kipas berhenti berputar. So, i misscall-ed papa, papa call balik and papa tanya kenapa ni. Aku bagitahu lah kipas meletup kuat semua-semua tu, takot dahla bilik gelap, roomate takde blablabla. Housemates pon tak tahu lagi kipas meletup, papa yg kat Malaysia boleh pulak tahu dulu -.-

 Muka penat lepas main :D


Masa aku kecik, peranan seorang ayah yg aku nampak pada papa ; angkat aku yg tertido di depan TV ke bilik, hantar dan ambik aku dari kelas tusyen, sapu ubat dan urut bila aku sakit kepala dan sakit perut. Kecik je kan aku pandang tugas seorang ayah tu? Haihh. Tapiiiiiiii! Bila dah besar ni, nangis tak berlagu kalau dok bayang apa yg papa lakukan selama ni. Kalau call time dekat nak exam, tetengah slow talk ngan papa, sure basah baju aku dengan air mata. Kalau senyap kejappp je untuk nangis, mesti papa panggil-panggil nama aku. Tak pernah putus bagi kata-kata semangat. Yg sebenarnya papa still risau aku tak boleh adapt tinggal kat sini. Banyak kali dia tanya if aku nak balik sambung belajar dalam negara je. Dia risauuuuu sangat if aku tak bahagia kat sini. Huk3. Ya Allah, mulia nyaaaaa insan yg aku panggil papa ni! :'( 

Kalau nak diceritakan satu-satu tentang papa, memang berjela lah kaan. So, aku rasa setakat ni je la yg aku ceritakan pasal papa aku. Dulu-dulu papa selalu baca blog aku. Sekarang ni dah kurang kot. Kalau aku call mesti sebut 'Sinar Harapan, Sinar Harapan'. Aku ingat apa bendaaa lah. Haha. Rupa-rupanya tu nama blog aku yg papa letak sesuka hati sendiri :D  



Paaaaaa, kalau papa baca apa yg kakak cerita ni, mesti papa tersenyum kan? Huk3. Tuhan je tahu perasaan kakak tiap kali tengok papa tersenyum bila kita skype *nangis* Kakak selalu tanya kawan kakak, apa hadiah yg paling bermakna untuk dihadiahkan pada seorang ayah. Yg boleh membuatkan ayah kita betul-betul bahagia. Org perempuan ok je, bagiii jelah pape pon mesti senang je nak buat dia happy. Tapi bagi org lelaki? Bagi seorang ayah? Nak bagi apaaa.. Kakak betul-betul nak buat papa rasa gembira. Gembira dengan kakak! Mesti papa ternanti-nantikan kejayaan kakak kan? Huwaaaaa. InsyaAllah paa, one fine day.. Happy Father's Day, dad...I love you more than anything in this world. Ya Allah ya Tuhanku Kau panjangkanlah umur orang tua ku untuk melihat kejayaanku di dunia ini :'( Aamiiinn ya Rabbal alamin...                            

15 June 2012

Endless Love

Haii korang :)




Haa siapa yg dah pernah dengar lagu kat atas mesti suka kan dengar lagu ni? 'Andaiku bercinta lagi' by Mojo ni OST untuk samarinda Ameera yg kat TV3 tu. Hee. Sekarang memang akan tertunggu-tunggu episode Ameera ni. Entah, memang rasa nak tengok macam mana dia habis. And sebab rindukan lakonan Rita Rudaini jugak. Hehe. Before ni takdenye nak melayan cerita kat depan laptop ni :P 

My first impression untuk lagu ni, dia nyanyikan lagu ni untuk ex dia sebab tak dapat lupakan perempuan tu. Tapi bila dah tengok MTV ni baru tahu cerita sebenar di sebalik lagu ni. Sangat-sangat menyayat hati. And baru dapat relate, memang sangat kenalah lirik dia. This song is just for his loooooovely late wife. Huk3 :'( You'll know how deep is one's love if he saves his heart for the one and only.. Indeed, this is the endless love :')

My fav lyric ; "Andaiku bercinta lagi suatu hari nanti, 
                    tunjukkan di mana ruang hati untuknya, 
                    yang masih belum kau huni.."


Ulang lirik tu banyak-banyak kali, macam boleh faham je apa perasaan lelaki tu :( Lagi-lagi kalau tengok cerita Ameera tu, lagi boleh faham. Hee. Tu je nak cakap.

12 June 2012

Paling rindu masa Form 5!

Salam Alayk..


Erkk takleh tido la malam nii. Sebab tadi, i mean petang tadi, skype dengan one of my best friend in Sains Machang. Lamaaaaaa sangat skype dengan dia sebab before this dia menyepi tersangat lama kot daripada semua orang till on one fine day, she pm-ed me. I wassss like gahhhh ingat jugak **** dekat aku!!!!!!!! She shared lots of stories with me. I know she's comfortable with that. Maybe sebab dulu kitorg rapat sangat kot. For me, this is my first time skyping with her.  Hurm... Okay tak kisah time ke berapa tapi nak cakap nya aku rindu masa Form 5 sampai takleh tido >.<

Dulu, aku ada banyak gila gambar Form 5 tapi since hard disk rosak hari tuuu, puhhh semua gambar hilang yaAllahhhhh sakit hati toksah cakap =,= Tapi hehe nasib baik ada lagi gambar tagged. Boleh la buat gelak-gelak sebab gambar looser kot. Lagi-lagi....*tunding jari kat hidung sendiri. 



Okay, my friend tu ada dalam gambar ni hehe. This picture was taken in the middle of SPM. Ni nak pergi outing sebab gap exam macam lama so kitorg pon macam bosan and nak keluar haha. Hoih brutal betol.



Tak senonoh kan? Aku je yang senonoh hahaha. Haa perkenalkan, ni la kolah Aspuri Sek. Men. Sains Machang! Pahal aku macam nak buat shoutout nii? Masa ni orang takde biasa la sebab tu kolah nampak licin. Kiki.



Yang ni pulak, hari last pakai baju unit beruniform kat sekolah. Malam Khamis tu, gelabah ayam aku pergi cari baju Kadet Remaja Sekolah (KRS). Nakkk sangat pakai baju KRS. Takpela curang dekat PPI sehari je pon. Asyik pakai pinkkkk je. So nasib aku baik sebab ada junior yang baju dia free, takde orang nak pinjam. Malam tu semua budak Form 5 kalut kot nak tukar uniform. Yelah, esok hari last sekolah and hari last boleh pakai baju beruniform. 




Some of fifth formers. Dalam gambar ni aku tak faham kenapa yg pakai baju belang hitam putih tu, tangan dia nampak retarded. Hahaha aku la tuh! Ni hari kitorg berkumpul before konvo. Haaa ni gambar Mini Konvokesyen kitorg!


 Nana & Nini

Mohon nampak daku yang di belakang itu :P



Gambar ni tak full tapi takpelah. So ni jela gambar yg ada. Sedih wuwuwu. Tapi okay lah, dah dapat menyubat mengubat rindu dah. Hee. Bila dah type banyak-banyak, macam nak tido la pulak. Kiki. Goodnite peeps! :)

06 June 2012

Eh menariknya!


Haiiiii........

Haaa first time tertarik nak buat yang orang tag ni. Sebab before this macam sama je. 'Apa yg korang buat sekarang, korang tengah rindu siapa, siapa orang last call korang, bila last korang makan.' Typical. Kikiki. Ngade jugak eh? :P So ni lah hasilnya setelah mengerah keringat nak ingat balik nama dorang. Yeahhh.

PART A : Please state your current brand of the following:

1. Hair Shampoo :
Pantene Smooth and Silky

2. Hair Conditioner :
Pantene

3. Facial Foam :
Simple

4. Scrubs :
Milk salt made in Egypt haha


5. Toner:
Skinz

6. Body lotion :
Johnson's baby

7. Shower foam :
LUX Wake Me Up

8. Facial Powder :
Silky White 

9. Lipstick :
Lip Ice sheer color (Common la for 'teenagers'. Hee)

10. Perfume :
TBS Vanilla (Macam nak tukar tapi tak tukar-tukar :P)

11. Deodeorant :
Currently Nivea tapi suka gila Rexona Bamboo haha!

PART B (Clothing)

Just state the favourite brand that you have only:

1. Outfit :
Mostly Cheetah Ladies. PDI, Hush Puppies jarang-jarang. 
Applemints 
H&M Mesir 
Times Square
Cap Siam and China
Baju-baju Mesir (Tak cantik pon tapi asalkan murah, semua jalan)

2. Jeans :
Padini
Goggle
Levi's
Voir Jeans
Brand murahan

3. Baju kurung/melayu :
Suka tempah tak suka beli siap

4. Shoes :
Vincci
Esarli
Vern's
Kasut Mesir
(Eh tetiba lupa brand kasut-kasut kat umah Malaysia) Wakaka tak lucu -.-

5. Slippers :
Vincci
Pasar tani
Rantau Panjang (haha)

6. Bags :
Converse
Club Aldo
Uptown Downtown
Times Square

7. Hijjab :
Branded je ke? RATU la kot. Tu pon tauke Che Su sponsor. Hahaha.
Shawl and pashmina - Hussin and Tahrir - (Murah! siapa nak kirim bagi nama kat kite. Hak3)
Tudung bawal - takde Aroush-aroush k? Kite amik mama kite punye je.

8. Belt :
Downtown
Times Square

9. Sport Shoe : (takde 's' kat belakang means satu je la kan? hewhew)
Adidas 

10. Socks : 
Beli 3 sepuluh ringgit je wakaka.

11. Watch : 
Jam henpon. Takde jam sebenarnya. Sob3 :'(

Daahhhhh siap! Hehe. So, siapa rasa-rasa nak buat benda ni, buat je :P

01 June 2012

once upon a time

Salam alayk..

Haihh, one of my weakness, i never know what is the best title for each of my new entry -.- Tak kisahlah. Hehe. So, here it goes, satu kertas dah berlalu. Syiuuu macam angin gitu. Tapi sejuk dia, sampai sekarang boleh rasa. Haa nampak tak perumpamaan dia? Okay direct to the main story, hari tu, lepas activate je facebook, ternampak satu gambar which makes me stiff for few seconds. Gambar my darling Nadh was emceeing one of big function somewhere i don't know. Hee don't bother to ask :P Nak tengok? Representing...


Macam grand je. Semua pon kat hotel. Aaaa perasaan bercampur baur tengok gambar nii! Bertuahnya diaa. Haih if and only if i got this chance :/ Saya tahu, mesti dia happy and berbesar hati gila dapat mempegerusi majliskan majlis ni (haha kosa kata baru checked! :P) I'm happy for her, in the same time got envy. Huu. You've moved one step ahead, my dear. Dari kecik lagi kita berlumba-lumba dalam benda-benda yang macam ni kan? :)

******

Okay 10 years ago...*black and white background*

In 2002, saya berpindah masuk ke sekolah baru, Sek.Keb.Seri.Ketereh. Hehe. Masa tu darjah empat. Kira cam muka suci gila la kan kekonon. Orang tengok pon kesian je :P Ohh lupaa, masuk je sekolah tu dua hari, cikgu bagi baju pengawas sebab macam automatik dilantik jadi pengawas. Hahahaha i was likee err :DD Okay ni kisah lain, ermm macam mana eh starter dia, hari tu cikgu BM nak buat audition nak pilih seorang wakil dalam pertandingan sajak peringkat sekolah. So, sesiapa yang nak bolehla tampil ke hadapan kelas. Masa tu saya ni kecik lagi, tapi mulut memang tak pernah kecik. Hihi. At first taknak pon keluar, tapi tetiba gegirls ni pointed out my name. Eh apa niii. Biasala, budak baru selalu famous kan? :P Cikgu pon apa lagi, mestila nak tengok bakat budak baru kan. Ehem. Audition punya audition eh eh I pulak yang terpilih. Hahaha. Orang main baca je kot sajak yang cikgu sediakan tuu :P 


Dan selepas daripada tu, bersambunglah peringkat demi peringkat pertandingan demi pertandingan. Till bulan 8 in the same year, which is Bulan Disiplin dekat my school. Pada penghujung bulan tu, semua pemenang bagi setiap pertandingan apa-apa tak kira lah sukan dan sebagainya akan diberikan hadiah. Dan ada satu anugerah ni yang paling semua orang nanti-nantikan wahh berdebar tak? Haha iaitu Anugerah Tokoh Pelajar (Putera&Puteri) So guess what. Hahaha. Bila cikgu announced je nama kite, semua senior darjah lima dengan enam tengok dekat barisan darjah empat ni nak cari manalah budak nama Nur Fatanah ni. Dahla budak baru. Ohoi over sikit :D Balik rumah perh mama kite terkejut haha tapi tak sangat la (mama dah expect kot wakaka) Mama just tanya apa reaksi orang lain je. 


Tokoh Pelajar 2002. Gambar semasa 2002 terlalu mainstream untuk diupload :P

So naik darjah lima, sama jugak masuk few competitions at few levels. And alhamdulillah sekali lagi dapat Tokoh Doktor Muda. Kikiki. Lawak pon ada sebenarnya. Haa and dari sinilah saya kenal Nadhirah yang kat atas tu. Oh act kenal masa darjah empat tu lagi tapi tak berapa rapat lagi. Sekarang rapattttttt gile! ;)  So bila naik darjah lima ni kitaorg masuk banyak pertandingan pidato bercerita sebagainya and most of it, i won over her. Hehehe. Kesian jugak and saya tahu mesti dia terasa sangat dengan saya masa ni :( Tapi semua tu masa sekolah rendah jela kan. Naik sekolah menengah, hmm haram tak masuk pape. Eh i justtt tak tahulah kenapa. Nak tu nak je tapi macam ada something yang menghalang. So berbalik aktif dalam sukan pulak hmm tapi sebenarnya benda ni macam tak masuk jiwa sangat. Olahraga semua tu. Basketball okay la jugak because i love it. Bila balik rumah setiap hujung bulan, Nadh akan update life dia dekat sekolah dia. Dia masuk debate and many more. 


Kalaulah saya tak masuk Sains Machang, seriously saya akan joinnnnn semua benda tu :'( Saya tak boleh hidup dalam komuniti yang terlalu kompetitif, kott. So sangat-sangat la sedih sebab semua tu terkubur macam tu je while Nadh hmm y'know kan. Ahhh tension jugak bila dengar cerita-cerita happy dia hahaha! :D Sampaaaaiii lah sekarang dah masuk U, she still get all the chances. Ya Allah nikmatnyaaaa! I know, semua benda tu still ada dalam diri ni. Walaupun dah tak berpeluang lagi. Lagipun semua ni inherited from my parents kot hehe lagi-lagi haa my mama tu. Hahaha tiap-tiap hari pon nak berpidato kat rumah :P Eh mama la sifu saya dulu-dulu :P Tapi benda ni pon perlu digilap kan. Lama-lama tak gilap boleh kebas tangan jugak pegang mic depan crowd. Kalau sesiapa suruh saya pegang mic depan crowd sekarang, sumpah saya lari tak cukup tanah. Haha gabra habisss! 

Soooo anyways, i'm wishing the best for her, my bestfriend forever and ever! Happy 10 years of friendship sayang! Nobody can replace you. Ahhhhh rindu serindu-rindunyaaa :') Later i'll just gonna tell about her in one special entry. Hehe. It's June babeyhh! :D 

notakaki : Nadhirah ni obses sangat dengan hitam. Haihh tengok tu, hitam jugak jadi pilihan dia -,-