Hari ni Hari Bapa kan? 17 Jun? Nampak semua orang dah buat status Selamat Hari Bapa dekat facebook. Bersyukurlah kita yg masih lagi mempunyai ayah, abah, baba, abi, daddy, papa atau apa-apa panggilan lain lg. Masih lg mampu melihat senyuman ayah kita. Tapiii, bagi mereka yg dah kehilangan? Huk3 :'( serius tak dapat bayang sebab aku tak pasti, mampu atau tidak aku untuk terus hidup seandainya insan yg ak panggil 'Papa' ini tidak lagi tersenyum kepada aku suatu hari nanti :'(
INI ialah kisah salah seorang kawan aku yg telah pun kehilangan ayah dia. Sayuu, sayu sangat :'(
Now, i'm gonna tell you guys about the greatest man in my life. Just him... The one whom I call 'Papa'.
Sorryyyyy, takde lah pulak gambar close-up papa je. Hee. How will I start this? Ohh nama la dulu kan. Adnan b. Che Abdullah, seorang guru, berusia 46 tahun. Enough for the intro ;)
Mama cakap, aku ni anak papa. Sikit-sikit nak papa, sikit-sikit nak back up papa. *deep inhale* Tapi entahla, aku pon rasa aku ni anak papa. Papa yg tak pernah mengecewakan, papa yg sentiasa ada dengan aku, papa yg tak membuatkan aku tertunggu-tunggu walaupun hanya seminit, papa yg tak memilih untuk berkeras dengan aku, papa yg penuh pengucapan nasihat dari mulutnya, papa yg tahu aku menangis walau sehebat mana aku control nada suara..
Kalau lebih dua hari aku tak call rumah, papa lah yg akan call dan tanya aku okay ke tak. Mama ni berpuitis sikit. Hihi. Nak sms jeee :P Dan kalau aku perlukan papa pon, misscall je. Within a minute, papa akan call balik. See? Papa tak pernah buat aku tertunggu-tunggu. Contoh kalau benda-benda yg urgent or tak tahu nak cari orang terdekat, memang papa ialah orang first yg aku akan cari. Hari tu, pagi-pagi buta lagi dikejutkan dengan letupan dalam bilik. Dalam keadaan gelap tu, nampak ada cahaya. Tubuh rasa menggigil sebab dok imagine sapeee lah yg bom bilik aku ni. Tapi dapat rasa yg kipas berhenti berputar. So, i misscall-ed papa, papa call balik and papa tanya kenapa ni. Aku bagitahu lah kipas meletup kuat semua-semua tu, takot dahla bilik gelap, roomate takde blablabla. Housemates pon tak tahu lagi kipas meletup, papa yg kat Malaysia boleh pulak tahu dulu -.-
Muka penat lepas main :D
Masa aku kecik, peranan seorang ayah yg aku nampak pada papa ; angkat aku yg tertido di depan TV ke bilik, hantar dan ambik aku dari kelas tusyen, sapu ubat dan urut bila aku sakit kepala dan sakit perut. Kecik je kan aku pandang tugas seorang ayah tu? Haihh. Tapiiiiiiii! Bila dah besar ni, nangis tak berlagu kalau dok bayang apa yg papa lakukan selama ni. Kalau call time dekat nak exam, tetengah slow talk ngan papa, sure basah baju aku dengan air mata. Kalau senyap kejappp je untuk nangis, mesti papa panggil-panggil nama aku. Tak pernah putus bagi kata-kata semangat. Yg sebenarnya papa still risau aku tak boleh adapt tinggal kat sini. Banyak kali dia tanya if aku nak balik sambung belajar dalam negara je. Dia risauuuuu sangat if aku tak bahagia kat sini. Huk3. Ya Allah, mulia nyaaaaa insan yg aku panggil papa ni! :'(
Kalau nak diceritakan satu-satu tentang papa, memang berjela lah kaan. So, aku rasa setakat ni je la yg aku ceritakan pasal papa aku. Dulu-dulu papa selalu baca blog aku. Sekarang ni dah kurang kot. Kalau aku call mesti sebut 'Sinar Harapan, Sinar Harapan'. Aku ingat apa bendaaa lah. Haha. Rupa-rupanya tu nama blog aku yg papa letak sesuka hati sendiri :D
Paaaaaa, kalau papa baca apa yg kakak cerita ni, mesti papa tersenyum kan? Huk3. Tuhan je tahu perasaan kakak tiap kali tengok papa tersenyum bila kita skype *nangis* Kakak selalu tanya kawan kakak, apa hadiah yg paling bermakna untuk dihadiahkan pada seorang ayah. Yg boleh membuatkan ayah kita betul-betul bahagia. Org perempuan ok je, bagiii jelah pape pon mesti senang je nak buat dia happy. Tapi bagi org lelaki? Bagi seorang ayah? Nak bagi apaaa.. Kakak betul-betul nak buat papa rasa gembira. Gembira dengan kakak! Mesti papa ternanti-nantikan kejayaan kakak kan? Huwaaaaa. InsyaAllah paa, one fine day.. Happy Father's Day, dad...I love you more than anything in this world. Ya Allah ya Tuhanku Kau panjangkanlah umur orang tua ku untuk melihat kejayaanku di dunia ini :'( Aamiiinn ya Rabbal alamin...
8 comments:
selamat hari bapa,,nana..
;)
hee selamat zikkk! ;)
rindu abah kite gakk T__T
Jom join sini
http://yesung-suju.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html
teringat kat abah... nak balik...
alalaaa semua dh teringat kt abah. kite lagi laa >.<
Rindu gak kat ayah di Sarawak skrg :)
alaaa yeke..sabar ea sabar :)
Post a Comment