Pages

12 December 2012

12.12.12

All this time, it has always been you. HAPPY 3rd YEARS OLD :)))



Hello! So yeah today we'll talk about 'L.O.V.E'. Haha. Nothing much pun, just a little sharing because I got few requests to tell the story of us. Wah gituu. Dah lama dah pun sebenarnya tapi disebabkan iols ni seorang yg pemalu, permintaan ini ditangguhkan sementara *padahal dah bertahun*  

So.. here the story begins.. 
.

..

...

....

Sekian, tamat :p 

 Hihi the thing is, biarlah ia menjadi rahsiaaa. Sampai masanya, semua ini akan terluah juga :) Kalau nak live, haa boleh terus tanya depan-depan. I know, ramai jugak yg dok tertanya-tanya kan. Dahla senyap-senyap je. Kikiki. Bukan niat nak menyorokkan tapi buat apa laah nak dihebohkan. Kalau panas yg disangka hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari, gimana? So, thats why lah.. Jangan risau, kalau kenduri, mau 14 negeri dalam Mesia aku undang! :D

Cumanya, sangat bersyukur, dalam kami ber long distance ni, harini genap juga tiga tahun. Cobaan dan dugaan ga usah ditanya lagi deh, haruslah berat. Perbezaan waktu enam jam ni untung je sebenarnya. Awesome habis! Haha sarcastic much? But, what I would like to say, si dia sangat matang dan teramatlah penyabar. Terlalu banyak 'take'. Belah aku memang 'give' je kerja. Memang takde istilah 'give and take' langsung. Muahaha. (Oh myyy, how can he stand?) Nak buat cemane, kita orang perempuan ni memang lemah dan cengeng! Heh. 

He is someone that I can share everything with. Dia boleh jadi mak, kejap-kejap jadi ayah, pastu bertukar jadi adik, jadi abang dah memang kerja dia dah. Eh? Heee. Yang paling tak menahan, boleh jadi kakak. Petang-petang gorengkan hotdog and buat burger dekat adik. HAHAHA. Most of all, my bestest bestfriend :)

Aku selalu je kutuk Makassar dia. Dia mana ada haa nak buat demo tak puas hati dengan Cairo ke apa. I dont know why, but I really dont like Makassar. Kenape tah, allergic semacam. Urghhh. Takpe, nanti Makassar jugak lah yg akan membentuk dia menjadi seorang doktor yang berkarisma, insyaAllah. Mwehehe. So, I guess this is my small effort on 12.12.12. Something to be marked in cherryhugs.



 Dear you..Bunch thanks for your time, patience, energy, endlessly support that you have invested. Lol. I know it's not easy to deal with me because I'm too cute (read:hard) to handle :p Thank you for being too understanding. Iols kan shopaholic. Haha tetibe. Anddd sorry for everything!  Sorry yang paling utama sebab selalu dijadikan bahan gossip girls. Eh.

Saranghae  


"If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day. So I never have to live without you." - Pooh


notakaki : YaAllah maluuuuuuuuuuuuu!! Sumpah tak pernah buat benda cenggini. Hahaha. Le houzmates sekalian jangan bantai gelak eh. Mogok tak masak seminggu khens :p

30 November 2012

nikmat sihat, nikmat duit

Salam alayk..


Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.. Nak cukup seminggu sakit, baru harini aku rasa sihat sikit. Cuma batuk dan selsema yg bersisa. Dah lama sangaaat dah Nur Fatanah ni tak sakit. Hari tu aku risau jugak sebab lama sangat sihat dan tak sakit-sakit. Iye, risauu.. Allah bagi kita sakit untuk kita sedar yg Dia ingatkan kita. Agak teruk jugaklah aku demam kali ini.  Memang rasa sangat-sangat lemah, letih dan tak berdaya. Barulah sedar akan nikmat sihat yg dikurniakan secara percuma sebelum ni. Masa sihat kita tak sedar kan betapa nikmatnyaaaa boleh makan seperti biasa, belajar dan ke sekolah dengan semangat, berjalan dengan laju. Hehe. Kalau sakit, untuk menunaikan solat pon rasa sangat berat. Nak bangun dari katil pon sudah mengambil masa. Ramai juga yg kurang sihat sekarang. Disebabkan pertukaran cuaca barangkali. Tahun lepas pon macam ni jugak. AKu sakit teruk semasa tempoh pertukaran cuaca. Cairo takdelah sejuk sangat pon sekarang ni. Tapi, aku sukaaa cuaca dan suhu sekarang :')

Alkisahnya, balik dari universiti petang itu, aku singgah la sekejap di farmasi untuk beli ubat. Sedang beratur dekat kaunter, perhatian aku teralih kepada interaksi antara penjaga kaunter tersebut dengan seorang pakcik tua. 

Penjaga kaunter : Nak berapa biji ubat ni? 

Pakcik tua         : Emm bagi sebiji..*suara sgt slow*

Penjaga kaunter : Baiklah. (sambil menggunting SEBIJI daripada sepapan ubat berwarna pink) 

Pakcik tua         : *keluarkan duit dgn tangan terketar-ketar tapi seolah-olah     memikirkan sesuatu* Emm bagi sebiji lagi la. *kali ni mengeluarkan tiga biji ubat berwarna biru* Boleh tukarkan dengan ubat ini tak?

Penjaga kaunter : Boleh2. *gunting satu lagi ubat*

Aku                  : *berdiri kaku, tunggu masa nak hujan je T_T* 

Firstly, aku memang tak boleh tengok mana-mana pakcik tua yg sakit, lemah, atau yg mintak sedekah. Hati aku jadi tisu. Bagi aku, lelaki didefinisikan dengan kuat. Lalu, menjadi lemah sangat tidak mereka(lelaki). Kalau ada pakcik/datuk yg sakit, atau terbiar, woahhh serasa mahu meraung. Huk3. Frankly speaking :'( 
GAMBAR HIASAN. Sumber.
Secondly, aku bukan taknak tolong pakcik tua yg dekat farmasi tu. Memang pada masa tu aku bawak duit cukup-cukup je nak beli ubat untuk diri sendiri. Kalau ada duit lebih, bukan setakat bayarkan sebiji ubat pakcik tu, memang aku belikan sekotak terus :(

Ketiganya, apalah ertinya DUIT kepada orang-orang seperti ini andai untuk membeli sebiji ubat untuk melegakan sakit pon tidak mampu. Bayangkan, pakcik tua itu hanya mampu membeli SEBIJI ubat sahaja. Setakat sebiji, memang tak terasa kesannnya langsung. Sedangkan kita, duit lah segala-galanya. Nak tukar phone, nak sentiasa up-to-date dengan fashion.

Allahu Allah, seharian aku reflek diri. 

24 November 2012

Which one is yours?

Salam alayk. 


Sedang berkira-kira untuk tidur tetapi mata ni tak boleh lelap pulak. Feel like wanna update something here. But then I got no idea nak update pasal apa. So scroll punya scroll tengok kot-kot ada something dekat draft ni yg best. Hehe. Tarraa! Have a look anddd which one do you belong to? Benda ni takdela hundred percents tepat pon kan tapi ada lah jugak yg mengena. Haha. Hello, I'm Along btw! ;)

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
* anak sulung dikaitkan dgn sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dgn si sulung atau adik beradik yg lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yg dihajati tercapai.

And lastly I'm wishing everyone happy fasting! Today is 10 Muharram, remember? :)


notakaki : kali ni letak lagu Korea dekat blog sebab rindu sangat dah dekat Yong Hwa oppa titew. haha. ampuuuun kalau sape-sape yg memang tak pergi langsung dgn sebarang lagu Korea. i know, letak lagu k-pop dekat blog mmg turning off habis kan? i dah selalu rasa macam tu. hehe. chill! lagu ni cute :D


11 November 2012

banyak manusia banyak ragam.

Salam alayk and I'm welcoming winter with a grinnnnn! Hehe :))


Okaylah, senyum-senyum jugak tp ada something lah kan yg dok buat aku ni rasa eeeiii je. Ringkaskan cerita jelah eh. Dulu-dulu ada seseorang ni yg aku rasa dia sangattt....bila aku tengok je dia aku akan cakap "Woww!" Haha. Haa sampai macam tu sekali Jahh. Nampak tak betapa woww nye dia tu. And setelah aku kenal dengan lebih, aku rasakan satu-satu perangai and apa benda semua lah pasal dia yg akan membuatkan aku menyesal cakap "Woww!" pada awal-awal tadi. Aku semacam dah mula tahu perangai  and warna sebenar dia. And dulu-dulu jugak, ada someone said yg dia sebijik macam aku. Haii aku dah menyirap dah. Mana boleh samakan aku dengan sesiapa pun. I'm limited edition. Waahh gitu :P Seriously, aku rasa semakin annoying ni. YaAllah macam mana eh. Aku kalau boleh taknak lah fikir yg negatif-negatif pasal orang ni. Tapi nak buat macam mana, makin hari makin menyampahzzzz dah. Haih. Better aku jauhkan diri ni. Hahaha.


He once said that Comel do really copy and paste my face. Korang tengok, korang tengok, sama tak? Bhahaha! Dahla menganjing my cat tunjuk muka sedih je. Haip! Mementang kucing-kucing dia tersenyum girang sepanjang masa. Hahaha. 

Haa nak samakan dengan Comel boleh la. Ni nak samakan dengan perempuan tu. Euww? Haha. Bye and peace yaw! 

31 October 2012

RED

Suddenly wanted listening to Bila Nak Saksi - Spider. Ya Allah please, i don't want this feeling come back to me. Huu. It was something that will remain somewhere in my heart and will never go away. It is just me all this while who control it. It ends long time ago before it even starts. Oh maybe i miss you?

But what I haven’t realized until recently is that I don’t necessarily miss you, i miss the memories that i had with you. 

"Sometimes you miss the memories not the person"

*nodding head*

29 October 2012

Le sweet escape

Salam alayk and hi! :D

Today is my last day of the hols. Ohhhh esok bermulalah rutin-rutin yg memboringkan iteww. Kehkeh. Tapi takpe.. Alang-alang dah holiday, haruslah menyia-nyiakan masa yg ada dengan baik. Haha ok ni ajaran aku, siapa berkenan, sila ikut :P So, i'm gonna fulfil my promise in my last entry. Hehe. Here we wereeeee, in Alexandria!! For God's sake, after two years, then only i know how Alexandria really is. Rasa macam taknak balik Cairo dah. Tenang sngt Alex ni haa. So lets the pictures do the talkings :D


Alexandria here we come. *asal  muka cam tak excited langsung? Hahaha.




Semua gambar-gambar kat atas ni kitorang amik dekat The Royal Library of Alexandria. Pernah menjadi one of the largest library in the world. Haa amik kau. Besar teramat library nii! Tapi sayangnye hari kitorang pergi tu, library ni dah tutup sebab cuti umum sehari sebelum raya. Sobsob. Next time kena datang lagi kat sini! :D



Then, kitorang berpicnic, hehe iftar sebenarnya dekat King Farouk's Castle ni. Bukan dalam castle tu okay tapi dekat taman dia. Castle tu dah berhantuuu hahaha dah 200 tahun mana tak berhantu kan. Aaaa cantik macam Miamiiii tempat ni! Dikisahkan bilangan gundik King Farouk ni sebanyak pokok tamar dalam taman ni. Memang tak terkira ah. Banyak macam sampai ribuan kot :O







Sweet moments on Eiduladha 1433H :)






Dua gambar kat bawah ni dekat Kubu Salahuddin Al-Ayyubi. Raaaamai gile orang sebab maybe holiday kan. Semua nak bawak family masing-masing having fun. Hee. 



Hehe itu sahaja ye. Sorry tak sempat nak cerita panjang-panjang sebab i olls nak keluar ni hee. Nak berjimba on last day! :P

Toodles!

25 October 2012

things happen for a reason

Salam alayk..


Just a short update from me. I'm about to go somewhere that i've never been before. So yeah, gonna have my Eiduladha there. Should name it as a sweet escape as no one knows us, i mean my housemates and me are not celebrating our eid here. Ampun maaf dipinta terlebih dahulu. Mesti korang-korang yg geng ni makan hati kan kitorang pergi macam ni jee. Hehe takpe, have a blast Eiduladha in Cairo. Let me heals the broken heart... :)

(Ahahaha poyo, my heart is unbroken pongg. Saje jeeee :D)

After this, i'll update some pictures in .... yo? Haha. Last words from me, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Sesungguhnya di setiap kematian itu ialah permulaan kepada satu kehidupan.

Love you and toodles :)

19 October 2012

bukan ku pinta

Ya Allahhhhh... hanya kalimah itulah yg keluar saat satu-persatu gambar 'terseksa' adik Adam bertaut dengan mataku. Air mata yg menitik-nitik di atas cadar hanya mengaburi lagi pandangan mata ini untuk terus menatap wajah dan sekujur badan yg menyayat hati itu. Bayi yg sekecil itu telah diuji dengan kesakitan yg tiada siapa sekalipun dapat mengerti... :'( Sewaktu dilahirkan, adik Adam mengalami kekurangan oksigen. Setelah scan MRI dilakukan, terdapat kerosakan saraf pada otaknya dan hanya bergantung kepada mesin untuk bernafas dan menyusu... 










Sedih dan menyayat hati kann? :'(






Tidak dapat membayangkan betapa tabahnya pasangan suami isteri ini yg menerima dugaan yg maha dasyat ini. Di saat orang lain dikurniakan dengan anak yg sihat, boleh tersenyum, bergelak ketawa, bermain dan membesar dengan sempurna, mereka hanya mampu melihat anak kecil yg dicucuk jarum sana sini, yg hidupnya bergantung kepada mesin. Tetapi mereka tidak pernah putus pengharapan kepada Allah S.W.T. Kasih dan sayang mereka terlalu suci. Lebih suci dari ibu ayah lain yg hanya perlu bersengkang mata di malam hari dengan keadaan anak yg sihat walafiat. Tetapi anak mereka...

Alhamdulillah, kini keadaan adik Adam dah semakin stabil. Jomlah kita berdoa untuk adik Adam ye! Berdoalah dengan hati yg seikhlas mungkin. Sumbangan doa kita juga amat-amat berharga jika  tidak mampu secara material sekalipun. InsyaAllah pasti ada sinar harapan untuk anak secomel ini :)

Allahu musta'an..

01 October 2012

random updates

Hello everybody.. Amla 'eh? Kuwaiyis? :P


Eh memang takde kerja dah aku ni sampaikan pilih last option which is update blog haha. Pfftt I know kena study esok kelas awal pagi blablabla. Tapi takpelah, kejaaap je hihi. Now, back to October. Sekejapnyaaa dah nak penghujung tahun kan. Semalam kemain eh semorang dekat twitter, semua nak suruh wake them up when September ends :P

1) Faiz, one of my housemates balik Malaysia baru-baru ni. Baru je datang Egypt tapi dah kena balik semula. Her mom wasn't in good condition. Faiz...kuat-kuat eh! Kitorg kat sini tak putus-putus doakan mak Faiz :') Semua ni ada hikmahnya kan, ingat tak? Wuu tapi rinduuuu...Tak biasa la jauh-jauh dengan Faiz macam ni. Hee.


Nak rapat-rapat macam ni. Haha mohon Faiz jangan muntah. Geli letteww ngn kite :D

2) Kak yanaaa, kite tau kyana baca ni hee. Kite amik ayat entry kyana tu eh sikit, boleh kee? *wink2 Penat la fikir nak buat ayat. Kite kan pemalas hahah thank you in advance ;) 
Sekarang ni datang conflict baru, conflict "nak jadi macam ni". Tengok orang lawa-lawa, nak jadi macam ni. Tapi orang lawa tuu rajin baju sampai 3 lapis, tudung lilit pelbagai cara. Nur Fatanah? Kan dah cakap tadi pemalas, so yea asal lulus keluar rumah je baju and tudung tuu. Pastu tengok orang yang berpersonaliti tinggi, classy, ada jugak rasa, nak jadi mcm ni. Tapi part ni I think sampai bila-bila pun tak boleh. Sebab orang classy they don't melalut. They talk whenever needed. But not me :P


3) My second sister, Afiqah will gonna sit for her PMR next week. YaAllah risaunyaa dekat budak ni! Dah cukup ke preparation dia, solat hajat tak tinggal ke, jaga kesihatan makan minum ke tak. Tapi dia macam tuu lah, lekkk je gelak-gelak dalam phone haha. My dear, my prayer is always with you ♥ 

4) Rasanya Cik Nana ni dah boleh start saving kot. Shopping entah berapa kali dah. Almari baju tu sikit je lagi nak tumbang -.- Buku-buku pon tak habis beli lagi, beli barang-barang lain yang bukan keperluan ade lah. Aduh pincang lah macam ni. Duit mengalir macam air sejuk. Lajuuuu je. Kelas pulak dah masuk minggu ke-3 tapi banyak sangat dah yang belajar. Tertinggal sehari, memang nice lah haha. Seronok nyaa belajar benda baru :) Thank you Allah...

5) Lately ni susah sangaatttt nak pejam mata malam-malam. Susah nak tido faham tak susah nak tido..? Huk3 sedih tauu :'( Dah puas buat semua benda untuk tido tapi tak dapat gak. Macam ada something yang tak kena. Nasib katil aku ni besar, guling-guling pon tak jatuh ke bawah. Hehe. Lepas tu bangun pagi mula lah rasa tak cukup tido :( Tapi kalau tido dalam kelas, haa yang tu memang takde masalah langsung! Hahaha. Problem kan aku ni. Blergh

Hiks so itu lah few random updates. Till here, toodles!  

16 September 2012

Anddddd the six hours different is back to haunt me.




Tapi, dekat Cairo ni hujan ke masalah nye huahuahua.



Coooooooolio, big girl don't cry aite? ;)


14 September 2012

Muara Hati

It's like a fish which is continually fighting the current trying to go against the flow. Well, it's much easier to go on the other way and you don't make waves. This means you are getting along with the majority and not causing any problems. Besides, you're staying in the mainstream of things.

But what if you were being on the edge, wouldn't you just go with the flow? Once a friend of mine said that 'going with the flow' isn't good since most people will end up doing nothing. They will just lay back, hurting themselves. Or are their mouth being glued? Being speechless? Or are these people showing their poker faces? Maybe. Congratulations.

If you've done something but don't see anything like you're expecting the way it should be, so just go with the flow. At the same time, do work harder. Put your faith up high. Believe in Him. Someday, you'll achieve it.


Jumu'ah Mubarakah everyone :)


notakaki : Muara hati OST Adam dan Hawa is on repeat now. Dah berapa ratus kali dah duk repeat ni haa :P Lagu ni perfect. Hee.

02 September 2012

whining for a while

Salam alayk and hello everybody.


"Saying no to a proposal is a stop for a friendship and an end for a never happen relationship." - Quoted

Oh jangan terkejut. Tiba-tiba je aku update blog. Entah, something was messing in my mind. Berat gila duhhh kepala. Tiba-tiba terflash back kan semua memori. Memori yang jadi indah kejap kemudian dah tak indah dah. Eh ke memang semua memori macam tu? Contohnya memori dengan kawan-kawan baik zaman sekolah. Lepas tu tak jadi memori indah sebab bila masuk universiti, semua dah ada kawan baru. Semua lupa memori. Eh. K pening taip memori banyak-banyak.

The moment I log in my facebook account, yeah I can see that. You're leaving tomorrow. Don't you?? Don't you?? Well, farewell dear friend... But then are we still friend? As far as I can remember, you're the one who stated that. So sad, you broke your promise. I know you'll never forget that but why you act so? Tapi takpela at least I know you're following all of my progress. Eh yeke? K takpe memang nak syok sendiri pun. Anddddd kenapa delete your status on facebook that day? Unlucky you, I managed to read that status first. Cuma awkward taktau nak buat apa. Like ke comment ke. Hmm. Sedihlaa, dulu cakap lain sekarang buat lain. Dua tiga hari ni, our past past past conversation tuuuu (nampak sangat lama gila dah sampai tiga kali past hehe) duk bersimpang siur dalam kepala. Macam boleh ingat satu-satu kot. Yes I know right,  im the one who hurted you that much :( But you are mature enough. Budak pandai masuk IB apa semua lepas tu dapat pulokk fly jejauh. Okay, keep distancing yourself like that. Just remember one thing, memory will always remain as memory.

Apa ni buat entry dekat blog pasal ni. Private message sudah. Kan kan? Haha eh sukati kitew la nak buat entry ke pantry ke dekat blog. Ni kan blog kitew. So im really hope you read this special entry I made for you. But I know you'll surely gonna read it. Awak kan suka baca blog saya. Kohkohkoh. So sila jaga diri di tempat orang, tetapkan dan upgrade lagi iman yang ada sekarang ni. Kalau pasal belajar, tak risau kot. Otak genius dah. Itu sahaja lah pesanan dari seorang bekas kawan. Eh pelik je ada word 'bekas' before kawan haha. Okayla, sincerely from your friend.. Send my regards to all Mat Salleighsss there and hope to see you soon...in Eire ;)




10 July 2012

tonight.....we are young...

Salam alayk..

Cakkk! it's me here after a week not updating anything ehe. Ada je lagi dekat bumi Mesir ni. Tapi, tuhla, siapa-siapa yg kenal aku, mesti tahu cuti-cuti macam ni susah sikit nak nampak batang hidung Nana dekat blog :P Kan kan? Eh nampak? Tipu lah, hidung pon takdeee.

Sepanjang seminggu ni, kerja habiskan sen jeee. Kenapa sen? Sebab duit tinggal berapa sen je lagi, cukup buat tambang balik umah. Ngaa~ Aku rasa aku perlu menabung laa. Ni duit mengalir macam air T_T Hooray, kejap lagi gue bakal ketemu keluarga gue!

So, before balik Malaysia, kitorg macam nak buat gathering, dinner ramai-ramai. Dah buat pon actually. Haha. Best-best! Having dinner dekat TGI Friday's. Mak aiii bil cecah ribuuu! What a night :D Sebelum tu susah jugak nak decide nak dinner kat mana. Tapi, last minute A'isyah cadang dekat situ. Hee. 



Gambar amik banyak jugak, tapi official camera bukan dari rumah aku. Ni dari henset yg comel tu je. Hee. Dahla petang tu aku dengan Faiz pergi Grand Mall. Haih termengah-mengah balik iron baju ape semua :P

And keesokkannya, bangun semangat-semangat sebab appointment spa kitorg semalam. At first cuakkk, sebab tak tahu la mcm mana keadaan spa kat sini and yes, memang indah khabar dari rupa >.< Lepas tu aku, Faiz, Tqah kena tunggu sampai lewat petang and kitorg memang kesuntukan masa sangat-sangat sebab dinner yg kitorg book dekat Cairo Tower malam tu jugak. Treatment tak settle lagi. Phewh lucky us, we managed to get there before the restaurant is closed! Haha. Zati dengan Zik pulak gerak dari rumah berdua je. Haha kesian dorang.

View from Cairo Tower. SubhanaAllah...(gaya suami Irma cakap :P) Yang ada bayang-bayang lampu tu laa, Sungai Nil. Cantik sangat malam-malam!


Orang yg diraikan..tsk tsk..lovely kan dia?? :') Haruslah buat muka sedih sebab nak kena tinggal. Masalahnye, muka sedih ke tu? Muka sedih? Panggg! 
Selepas 5 jam berhempas pulas di spa, here i am tersadai kat VIP Restaurant, Cairo Tower! Hee.



Kami yg kelaparan menunggu makanan siap dgn penuh sabar. Sehari suntuk tak makan oii. Dengan kami dari spa nye, Zikri dari Crazy Water nye, dan Zati dari exam nye. Haha.

Last sweet moment with roomate dearie. Last night will never be forgotten.. Rasa macam tak percaya dah sampai kat Cairo Tower.

Kenapa special sangat sampai dinner dekat Cairo Tower?? Hee. Itulah nyee, special sangat sebab kitorg serumah memang sayang sangat-sangat dekat adik sorang nii haa. Wuu, my dear roomate, nak pindah rumah dah so we just want to celebrate and cherish Zati. Zati, we all love you! ♥ Sekarang tinggal lah aku keseorangan tengah makan jajan sambil menaip entry dengan penuh syahdunye. Lagu pulak pahal nak jiwang semua ni? Tersalah playlist ke ape..*cover macho. Biasa-biasa boleh dengar Zati terkekek kekek gelak tengok Running Man. Hmmmm :'(

30 June 2012

Tahniah Irma dan Irine!

Salam alayk..

Hee seronok tak cuci mata hari ni? Mesti semua orang dah tengok kan gambar akad nikah Irma Hasmie yg amat mempesonakan tu :)) Alhamdulillah, akhirnya orang yg baik, Allah kurniakan jodoh yg baik jugak kan? Dah la bertemu di kota suci Makkah. Dulu-dulu aku takdela suka sangat pon kat Irma ni, tapi bila tengok gambar suami dia hari ni terus aku jatuh suka. Eh i mean, tengok gambar Irma and jatuh suka kat Irma lah! Hahaha :D Seriusssss baju Hatta Dolmat ni very vogue the vass. I dah save siap-siap dah nombor tepon dia. Senang nanti-nanti kan. Teehee!


Cantik kannn? Dari atas sampai bawah cantikkk! Ayu, sopan, manis eh semua-semua lah. Hee. Irma Hasmie dah buktikan yg dengan menutup semua, lagi bertambah cantik dan berseri-seri. Memang padan sangat dengan suami dia tu. Hihi. Banyak kali tengok gambar dorang! Tak bosannn :P

Dan aku dengan loosernyeee...........


........Pergi komen dekat page Odisi Studio tu. Duhhh malu! Semua housemate  pakat dok bahan aku. Aku memang terasa sangat looser la kalau pergi komen dekat page-page yg macam ni. Hahaha tapi naaak jugak g komen! 

And seorang lagi yg selamat diijabkabulkan semalam ialah Irine Nadia. Hehe. Atototo awak ni memang shomel kan :D


Tahniah awak! Akhirnya cita-cita masa kecik awak tercapai jugak. Kan dulu kita dah bertanding siapa kawen dulu dia menang. Hee fine, awak menang dah. Semoga menjadi isteri yg solehah tau. Kawen di usia yg muda ni bukan senang kan. Tengah belajar apa semua but i'm pretty sure you'll gonna go through this smoothly insyaAllah. Sampaikan salam kite kat hubby awak eh. Kikiki. - Pangggggggg! Sila kembali ke dunia nyata, Nana. Tak payah nak buat ucapan berunsur BFF Irine sangat lah. Foineee T_T

And ohhh one more beautiful lady's wedding today! Hehe. Vivy Yusof, siapa kenal? I've got to be confident even from her writing, personality and obviously appearance :') Congratulations to both of you, Vivy and Dean!



notakaki : 'Hatta Dolmat' kite design baju cantik-cantik eh? ;)