Assalamualaikum... Tajuk entri pon dah buat orang takut nak baca isi entri. Haih -.-' Esok yang samar. Hidup dalam imaginasi. Entah benar entahkan mimpi (eh apesal nak puitis sgt ni) Thats so me. Aku lah tu. Hidup macam terapung-apung je. Terbang melayang. Mana tak nye, esok nak exam still, tak tahu dapat masuk ke tak dewan peperiksaan tu. Pening, mungkin? Pfft. Lama sangat aku tak bercerita panjang. Banyak yang berlaku. Letih? Yaa. Tersangat letih melayan janji-janji ijipshen. Huh.
'Kaki, esok macam mana sekalipun, kau kena bawak tuan kau ni biar sampai depan gate u, tau tau?'
'Otak, kesian kau kan. Mesti kau penat sangat dah. Aku nak mintak maaf sebenarnya. Huk3. Kalau esok aku terpaksa jugak guna perkhidmatan kau, kau berhidmat dengan sebaik-baiknye, eh eh?'
'Hati, aku tahu kau sangat lemah semenjak dua menjak hari ni. Tapi aku tahu kau jugak sangat tabah sejujurnya. Kuat kuat. Kau kena kuat untuk aku.'
Ya Allah, segala-galanya aku serahkan kepadaMu ya Allah. Kau yang Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui. Aku berserah ya Allah. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Seandainya itu adalah yang terbaik untukku, aku redha, ya Allah.
notakaki: emosi tidak stabil. Papa mama, kakak rinduuu :'(
1 comment:
sedapnye la nana tgh tido skang.. hehe. xpe,rehat ye,,pastu sambung buku balik..
Post a Comment