Okay,ini sudah percubaan yang ke-4 untuk menghasilkan entri baru. Ergh.
Salam alayk.
Selamat berjumpa kembali. Actually,seriously sekarang ni aku rasa macam takde idea langsung nak buat modal bercakap dalam blog ni. Dah banyak percubaan yang aku hasilkan dan memang akan berakhir dengan 'draft saved'. Kadang tak menyempat nak berblogging bila ada ada modal. Tapi bila dah bagi salam,pause. Idea dah kering balik macam ada kuasa yang menyerap. And pernah jugak terlintas nak hapuskan blog ini. Ya,aku memang tak pandai bercakap, menulis dan apa-apa yang membawa erti yang sama. Lagi pula, aku memang akan mengarut sepanjang penulisan di dalam blog ini seperti yang aku tengah lakukan sekarang ni. Dan diharapkan dengan keadaan yang santai sekarang ni sambil mendengar lagu raya,aku dapat buat satu entri hari ni.
Okay,bila kita bercakap pasal perasaan,please libatkan semua girls atau women kerana kita sememangnya sama. Adalah beberapa hari lepas aku merajinkan diri berblogwalking setelah almost sebulan aku jadi orang yang buta,pekak dan bisu yang memang tak menghiraukan dunia blog ni. Kebanyakkannya,blogger lelaki akan semangat gila nak mamp mempertahankan golongan mereka dan sesuka hati mengutuk orang perempuan. Dan begitulah vice versanya. Sebenarnya,benda ni dah lama,kan? Ok,aku perasan lah benda tu. Takdelah aku ni lame sangat. Berbalik kepada bercakap mengenai perasaan tadi, hanya perempuan yang faham perempuan. Kau nak cakap kau emo ke,hati kau mudah tersentuh ke,kau rasa itu,rasa ini ke,kau sangat dialukan untuk share sesama korang. Memang partner group tu akan cakap,haa ye ye kitaorg faham macam mana rasa tu rasa ni blahblahblah. Dan sebenarnya aku memang tak faham kenapa aku cakap perasaan ni sebab most of the time, perempuan jugak yang banyak menyakitkan hati aku,yang lebih menggalakkan aku menangis dan menyebabkan dosa aku berlipat-ganda. Okay faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?? Tamat modal 1.
Seterusnya,sempena bulan Ramadhan ini,pernah tak korang rasa at least nak ubah satu atau dua habit korang yang tak sopan tu? Tolonglah,Ramadhan ni sebulan je. Paling-paling pon,tangguhlah kejap habit tu. Hormatilah bulan penuh keberkatan ni. Okay mesti tak faham lagi kan? Sekarang ni,aku rasa malas nak bukak facebook. Kalau online pon tengok movie or whatever else. So, bila sekali dua online tu, tiba-tiba naik pulak dekat newsfeed aku yang dua or tiga orang ni tengah merungut mengarut hape tah. Okaylaa,mula-mula buat status cam ada tak puas hati. Bila ada orang komen,blahblahblah,haiiiii dah start jemaah mengata mengutuk mengeji semua tu. Yeeee,kalau kau tak puas hati ke apa ke dengan orang yang membuatkan mata dan telinga kau panas,tak usahla sampai nak condemn mati-mati kat dalam facebook tu. Kau tahu tak perbuatan tu sangat buruk? Kalau tak tahan sangat,jumpa geng kau tu kat luar,then korang mengutuk lah sesama korang sampai korang rasa puas. Tak perlu rasanya nak melampiaskan rasa tak puas hati tu dekat facebook. Aku tahu,benda yang kau perbahaskan tu sangat betol,aku pon geram dengan perangai manusia dalam facebook ni yang most of them really got me annoyed. Tapi bila orang lain yang tengok and baca pon akan rasa kau ni sangatlah tak sopan dan tak menjaga perasaan komuniti sejagat. Dan mana tahu orang yang selama ni tengah usha kau dekat facebook tengok benda tu terus macam 'Aishh muluttt,nasib baik cantik.' Lepas tu tak usha kau dah. Tu kalau cantik,kalau buruk? Mesti lagi naya, 'Muka dahla macam &%#@? mulut pulak lepas macam tu je.' Yang penting,selalu cool dan jangan cepat melatah eh? Untuk tak nampak 'gilaa baik weh kau!' Ya,memang aku pernah buat jugak benda-benda ni,tapi tu SEBELUM ni. Kiranya dah lama stop dan sebab tu aku cakap,at least,ubah la kan sempena bulan baik ni. Aku tahu sekarang ni pon aku macam sedang mengodemn jugak. Maaf sangat-sangat. Tapi this one more like to nak bagi peringatan,okay? Never get me wrong. Just,pleaseee. And aku macam tak kisah jugaklah sebab most of them yang jemaah mengutuk ni bukan kawan aku. Dan kalau ada kawan aku yang lakukan benda ni,ok sangat kecewa. Tamat modal 2.
Ohhh,semalam out of sudden im quoting. Sebabnye aku ni memang yang jenis susah nak faham orang lain,dan sangat mudah terasa hati. Macam mana nak explain kesusahfahaman aku ni ye. Lets say adalah sorang kawan aku ni nak belajar. So,bila aku ajak dia borak-borak, mestilah dia cakap dia nak belajar kaaaan? Dan aku sepatotnye faham laah kan? Tapi oleh kerana aku ni orang yang susah nak faham bahase,tuuuup! Masa tu jugak aku akan terasa hati dan bila kawan aku tegor balik lepas tu,aku akan balas acuh tak acuh. Haaaa. Kesian kan dekat kawan aku tu. Bughuk bebenor ah aku,seriyusssss! So here it is;
'sometimes,acceptance is not always that easy. but rebellion does.'
Nak share something, kalau kira macam nak concludekan apa yang aku merepek merapu hari ni pon boleh jugak. Ehee.
i. Tiada manusia yang sempurna
ii.Jangan terlalu melihat kejahatan dan penganiyaan orang lain terhadap kita
iii.Jangan terlalu mengambil hati dengan kata-kata dan perbuatan orang lain
iv.Berlapang dada (serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi tahap ukhwah adalah melebihkan saudara dari diri sendiri-Imam Hassan Al-Banna)
Nice kan?? Benda ni memang buat aku termenung barang sejam dua lepas subuh tadi :'(
Syukran jazilan. Rabbuna yusahhel.